By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 2 comments

Nasihat yang diluahkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Majlis Syura Ulama PAS kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan kenyataan menyokong Israel didalam Wall Street Journal, mula mendapat kritikan dari penyokong parti PKR sendiri.

Sebuah blog pro Anwar, SuaraPakatanRakyat.com telah menyifatkan Menteri Besar Kelantan tersebut telah mencemarkan imej Pakatan Rakyat apabila membuat kenyataan terbuka terhadap isu sokongan Anwar kepada keselamatan negara Israel.

Tindakan Nik Aziz yang meminta Anwar menarik balik kenyataan menyokong Israel atau menyaman laman Wall Street Journal kelmarin, dianggap tidak setiakawan dan juga tak wajar disuarakan secara terbuka oleh penyokong Anwar tersebut.

Penulis blog terbabit mempertikaikan mengapa PAS tidak mahu berunding atau membawa isu berkenaan ke mesyuarat dalaman Pakatan supaya ia boleh diselesaikan secara muafakat? Sebaliknya, kenapa ia perlu didedahkan kepada media arus perdana?

Blog berkenaan menganggap bahawa PAS kini semakin tertekan dengan dakwaan meninggalkan perjuangan Islam oleh ahli-ahlinya. Mungkin sebab itulah PAS bertindak mencari populariti dengan memberi kata dua kepada pemimpin utama Pakatan sendiri.

Nik Aziz serta Majlis Syura ulama PAS semalam sekali lagi telah meminta Penasihat PKR itu menarik balik kenyataannya atau menyaman The Wall Street Journal.

Isu sokongan Anwar terhadap Israel kini telah menjadi buah mulut kebanyakan negara Islam seperti Indonesia dan juga Palestin.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Apa pas buat pun dah serba tak kena dah...

Anonymous said...

syukur kerana ulamak masih tegas dan cerdas dalam menyatakan kebenaran dlm mlysia parti yg bertunjangkan ulamak hnya PAS....UMARAK AKAN BAIK BILA MENDENGAR NASIHAT ULAMAK