By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 1 comments

PAS hari ini menegaskan lagi pendirian untuk kekal bersama ‘tangisan, air mata dan derita rakyat di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara merdeka’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa keselamatan rakyat Palestine tetap menjadi agenda utama, kerana nyawa, harta dan tanah air mereka terus diganyang oleh Israel.

“Justeru semua pihak perlu memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Palestin dari kebiadaban rejim Israel,” tegas beliau.

Mengenai pertemuan antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata pertemuan itu adalah bertujuan untuk membuka ruang penjelasan kepada Anwar berhubung kenyataannya dalam Wall Street Journal pada penghujung Januari lalu.

“Seperti yang ditegaskan Mursyidul Am PAS, PAS sekali lagi ingin menegaskan pendirian parti bahawa kita tetap bersama rakyat di Palestin yang berjuang bagi mendapatkan balik hak negara mereka yang telah dirampas oleh rejim Israel,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa PAS berpendirian bahawa apa jua perancangan masa depan negara Palestin hendaklah mengambil kira pendirian Hamas yang telah menerima mandat rakyat.

PAS, tegasnya juga menolak road map yang ditaja oleh kuasa Barat dan mana-mana pihak yang terlibat, yang sedang memaksakan penyelesaian road map ke atas Palestin dan seluruh dunia.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

berbelit2 kenyataan dari pas ni..cakap je la pas sokong israel kerana menyokong sikepala zionis malaysia tu...(taknak dah guna nama pgkhianat negara ni...)mendidih darah dibuatnya...selagi parti ajaran sesat ni dlm kapal yg sama, adalah haram umat islam menyokong semua dajal2 akhir zaman ini...tolak mereka dlm pru13..malaysia selamat tanpa penyokong yahudi laknatullah..karamkan pas, dap, pkr jngn bagi undi lagi kepada perosak negara ni....