By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 2 comments

PAS hari ini menolak tanggapan umum yang mendakwa ketiadaan pemimpin pelapis menyebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terus memegang jawatan menteri besar Kelantan.

Sebaliknya, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS melihat ramai pembantu dan wakil rakyat yang menolong Nik Aziz sehingga beliau berjaya memerintah negeri itu selama tempoh 20 tahun.

"(Mereka) ini yang menolong (beliau) sehingga bertahan sehingga 20 tahun. Takkan dalam masa 20 tahun ini, tak ada pelapis langsung," katanya.

Kata Abdul Hadi, Nik Aziz memegang jawatan itu kerana hasrat PAS Kelantan dan rakyat negeri itu yang mahu beliau terus memimpin, sekalipun beliau berhasrat mahu melepas jawatan dan tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Tok Guru Nik Aziz tak minta jawatan. Yang minta (memimpin) adalah rakyat negeri Kelantan.

"Dan beliau pun, dah minta nak letak jawatan menteri besar, (dan) minta tak bertanding beberapa kali. Tetapi hasrat rakyat negeri Kelantan, minta beliau dia memimpin," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.

Abdul Hadi berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan ketiadaan pemimpin pelapis hingga menyebabkan Nik Aziz terus memegang jawatan menteri besar dan mengulas kesediaannya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya siapa yang berpotensi untuk menggantikan Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan bagi jawatan menteri besar, Abdul Hadi berkata terpulang kepada PAS negeri itu, menentukannya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

cis...aku ingatkan org Pas dah kenalpastikan orang yang nak baca talkin kat kubor si tua kutok ni bila dia mampos... phhuuu...

Anonymous said...

Cih!...baso nnate kapir nih x reti hormat lasung ko Tok Guru...ingat getek mu tuh bilo2 maso pon akae mapuh...baso nnate kapir laknat...khak ptuihhhh!