By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 2 comments

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali berkata Pas harus dikembalikan ke tangan ulama dan tak harus dibiarkan hancur ditangan parasit-parasit yang semakin berleluasa dalam parti tersebut.

Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecil pun susah hendak dilaksanakan.

"Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000 kilometer."

Hasan melihat golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti itu, katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro

Beliau mendedahkan, dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

pernyataan hasan ali bolehlah kita layan sebagai perbuatan meludah kelangit,setakat ini yang paling tepat ialah hasan ali sedang bercerita perilaku hal dirinya sendiri.rakyat tak perlu risau kerana apa yang dipamerkan adalah kerisauanya satelah jatuh ditimpa tangga.biarkanlah hasan ali dengan labu labunya.

Anonymous said...

Dah terlambat..

PAS sedang mereput akibat serangan parasit.. Dah lebih 10 tahun parasit ini mencemarkan PAS dan di Kelantan itu ialah bapak segala parasit. Bapak parasit ini cukup pandai. dia hanya berdiam diri dan lay low dalam keadaan begini, menjawab pun tidak, menafi pun tidak .. tetapi anak cicit parasit ini akan sentiasa mengamankan parasaan penyokongnya yang bodoh macam baghal tu dan terus cuba merendahkan kewibawaan Hassan Ali .. alahai Kussam .. nik azizi bolehlah ko tipu, tapi orang kampung macam aku ni bukan lagi terus bodoh sampai ke tua .. zaman berubah, maklumat sekarang di hujung jari !!!!