By admin On 08:30 | Categorized As , , | With 4 comments

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari pentadbiran kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 2000 hadirin pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, pagi ini.

Sambil menyifatkan Tahun Baru Cina sebagai simbolik kebaikan, kemakmuran, dan reformasi, Anwar berkata, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita tak mahu kerajaan yang ‘pu hau’ (tidak baik) dan ‘siau ren’ (orang yang bingung)

“Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid) macam di Rawang. Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini Menteri.

“Sampai ‘lembu’ pun dia nak angkat,” katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan dasar Pakatan Rakyat yang memberi keadilan kepada semua kaum termasuk merangka dasar gaji minima untuk membela nasib golongan bawahan.

“Orang Melayu jangan fikir semua orang Cina ‘tauke’. Ada juga yang susah. Begitu juga orang Melayu, India, Iban dan Kadazan. Sebab itu kita ada dasar gaji Minima dan telah dimulakan di Selangor.

“Sebab itu kita kena pertahan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti di Selangor,” tegas beliau.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

TokAyah said...

Sudahlah paksheh. buka akaun bank sekarang cuba lihat seribu orang terkaya dimalaysia. Pak sheh tengok berapa kerat orang melayu berbanding bangsa asing? Paksheh jangan hanya dok sebut segelintir orang melayu yang dapat projek kerajaanm Silap hari bulan kroni pak sheh semasa pak sheh menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pun Masih kekal dalam senarai seribu orang terkaya di Malaysia.

Anonymous said...

Cehh!! Mcm jibai.. Hebat sgt ke dia perintah slgr nih... Dasar mencina dollkn rkyat adelaa...

muhammmad said...

eerrmmm...dulu nak jual putrajaya....

Anonymous said...

Apa lu citer nie Nuaq...Selamatkan Jam Omega dulu !