By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 6 comments

Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa The Wall Street Journal.

"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz semalam, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian PKR.

"Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.

"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Melaka hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Perdana Global Peace Foundation (PGPF) Tan Sri Norian Mai.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

6 comments:

Anonymous said...

kenapa sekarang baru dia nampak islam.....

Anonymous said...

Anon 19 Feb 20:47 - kau kata knp skrg baru dia nmpk islam? aku rasa kau je yg baru perasan kot. Byk kali pernah kluar gambar Tun M dgn Presiden Yaser Arafat, Psl hal Palestin jgk Tun pernah buat acara bersama PAS (bersama Presiden Allahyarham Dato' Fadzil Noh) mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin. Ketika berucap dlm Persidangan OIC dulu pun Tun dgn beraninya mengutuk Israel dgn mengatakan bhw kononnya mrk ini adalah bangsa yg tdk bleh ditegur - spt bangsa yg terpilih. Mempertahankan Palestin tk termasuk dlm mempertahankan islam ke?

Tmpt suci org islam ketiga slps Makkah & Madinah ada di Palestin. Melindungi org islam lain (saudara seagama) adalah dituntut. Bkn mcm PAS.... dgn UMNO tk nk tp dgn DAP yg terang-2 menolak Islam boleh pulak bersama.

Anonymous said...

Mamak Kutty ni tak payahlah nak cakap poasal Islam.Berkuasa selama 22 tahun,apa dia buat untuk Islkam? Dia hapuskan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat,dia hina Nabi SAW,dia kutuk dan cerca para ulamak dan pemerintahanya bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan serta pembaziran.Buat apa nak layan manusia yang sudah nyanyok ni.

Hanan said...

partai ajaran setan...kata md said....

Pk Tam said...

Ini koment "Kain Burok" pengelap kaki... He..he..he... 100 hari lagi mungkin dia ni meghaban terus tak pulih pulih dah.

hazeeqtaib said...

LIDAH KAMU NI ANONYMOUS LIDAH BERCABANG. ADAKALA SOKONG BN DAN AKALAN HENTAM BN. KALAU KOMEN TU JANGAN IKUT SEDAP HATI AJE.