By admin On 21:00 | Categorized As , , | With 5 comments

PKR berkata kenyataan setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang meluahkan sokongan kepada debat terbuka seharusnya merintis jalan untuk perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini, beliau berharap Tengku Adnan boleh berperanan sebagai orang tengah bagi mengaturkan perdebatan berkenaan.

"Saya percaya ini bukan komen secara sambil lewa dan saya mengalu-alukan keterbukaan sedemikian oleh BN yang mahu pemimpinnya berbahas dengan kami.

"Di pihak Anwar, kami mengulangi jemputan untuk perbahasan. Kami berharap Tengku Adnan boleh bertindak bagi pihak Najib supaya menganjurkan debat di antara kedua-dua pemimpin besar itu," katanya.

The Star hari ini melaporkan bahawa Tengku Adnan, yang juga setiausaha agung Umno, berkata parti pemerintah itu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan itu seperti mana yang dilakukan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lalu.

Tengku Adnan dilaporkan sebagai berkata perdebatan adalah sesuatu yang "menyihatkan".

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

5 comments:

zopinion said...

Anwar sudah tidak relevan dan Melayu sudah PANAS

http://wubra.blogspot.com/2012/02/edisi-gempar-melayu-sudah-panas.html

Anonymous said...

Apa hal ko paste gambar muka bulan tu .. carilah yang angle jauh sikit, taklah nampak sangat bopeng dia ..

Masa aku dalam geng depa dulu2, si saifuddin ini kalau datang majlis selalunya lewat. Menariknya bila dia sampai dia akan 'tunjukkan' diri dia yang dah sampai, tetapi dia tak akan pergi ke pentas, sebaliknya dia 'tunjukkan' kepada orang dia pergi di bahagian belakang dan berdiri dengan orang orang yang duduk jauh dari pentas, tetapi oleh kerana dia dah 'menunjukkan' kedatangannya, maka sudah pasti adalah machai machai yang nampak. Maka macai macai ini akan pergi berjumpa si saifuddin mengajak ke depan atau naik ke atas pentas, awalnya dia akan malu malu kucing, menolak pelawaan kononnya 'tawadduk' alahai merendah diri sanggup duduk dan berdiri bersama sama kelompok orang biasa, bila dah ramai yang sibuk mengajak, kecohlah macai macai tu menjemput sampai orang ramai pun dah perasan barulah dia bergerak ke hadapan atau pentas, diiringi mereka yang sibuk2 mengajak tadi.

Maka terdengarlah cakap2 org yang datang ceramah itu betapa si saifuddin ni orang yg sangat merendah diri dan sejiwa dengan orang orang kampung .. alahai tektik !!

Satu lagi 'kelebihan' si pudin ini ialah beceramah sambil guna 'powerpoint' .. tergodalah orang yang buta IT dengan 'kehebatan' si saifuddin ini .. alahai teknik !!

Debat apa dengan al juburi tu??? Jam tangan Omega yang terikat kat tangan pun dia tak tahu dah pergi ke mana ... buang masa jer

hazeeqtaib said...

TAK PERLU DEBAT, MEMBUANG MASA SAJA, KERANA ANWAR AKAN SSENTIASA SPIN.

Anonymous said...

DSN tak perlu layan untuk berdebat dengan orang yang tidak bermoral saperti anwar .siapalah sinuar tu kalau stakad ketua pembangkang yang tak ada kerja lain selain dari membangkang aje,beliau sepatutnya perbetulkan diri sendiri dulu dgn ber usaha bagi menangkis segala tomahan2 bagi memulihkan imej diri yang banyak tercemar. apa masalahnya untuk melakukan sumpah lebih2 lagi kalau yang ampunya diri tahu perkara yang sebenar? bersumpah aje lah (cuma ambil beberapa minit saja!),tapi bila ditanya dirujuk kepada hukum iaitu orang yang boleh bersumpah hanyalah mereka yang tidak melakukan dosa besar (sedar kah bahwa beliau mtelah menjawab secara tidak alangsung?) itukah sebab kenapa beliau enggan??);seterusnya bila dtanya pula samada kenal Dato Eskay kenapa perlu berdolak dalik mngatakan tak pernah kenal bahkan turut menghina beliau macam2(sedangkan dalam gambar utube nampak bukan main akrab lagi bila bergambar bersama beliau semasa dThailand) orang dapat menilai serta membaca dari tatapan gambar tersebut bahawa dato eskay memang merupakan kawan rapat jadi sepatutnya mengaku aje kenal atau kalau tak mau orang tau hubunagan kata no komen saja dan bukan terus mencerca beliau;seterusnya bila ditanya dimana jam omega(yang dato eskay dakwa ada dengan beliau) boleh terus sangkal dakwaan dengan memberitahu supaya tunggu sebentar untuk ambil jam tersebut dlm almari ,tak sampai beberapa minit pun ),kenapa perlu maki hamun wartawan yang bertanya?;Ini perkara2 yang masih belum dselesaaikan yang merupakan diantara banyak lagi pertanyaan,penjelasan yang melibatkan anuawar yang masih tergantung menunggu jawapan.Jadi kenapa DSN perlu melayan pembangkang untuk berdebat keranaanuar bukan merupakan orang yang setanding dengan beliau.DSN hanya layak berdebat dengan pemimpin2 yang setaraf dengannya.Lagi pun kesudahannya nanti dikhuatiri langsung tidak memberi faedah apa2 kepada bangsa,agama dan negara selain daripada akan menjatuhkan imej serta kredibiliti DSN sendiri kerana semata2 melayani kerenah pembangkang!

Anonymous said...

Orang bodoh je yang nak berdenat dengan SAMPAH....layaknya di bakar je ..bole gak kurangkan nyamok