By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 4 comments

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).

Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan.

"Keduanya adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu.

"Saya rasa orang-orang Umno lebih faham tindakan Muhyiddin tersebut menyerahkan projek mega yang begitu besar kepada keluarga Shahrizat." kata beliau.

Sehubungan itu beliau menyelar tindakan SPRM yang masih tidak memanggil Muhyiddin untuk di soal siasat sedangkan hal tersebut adalah perkara asas siasatan.

"Saya kira sekiranya SPRM mengambil tindakan terhadap Muhyiddin sekarang akan diberi persepsi oleh rakyat sebagai sudah terlambat.

"Saya tidak mahu memperkatakan sesuatu perkara yang tidak berfakta tetapi SPRM perlu bersikap profesional dan tidak memilih bulu.

"Janji BN dan tranformasi Najib akan dianggap sebagai hipokrasi sekiranya masih agensi-agensi kerajaan masih bersikap menjaga kepentingan pemimpin tertenyu." kata beliau ketika di hubungi.

"Muhyiddin berkata bahawa BN tidak tergugat dengan serangan pembangkang kerana isu yang dibangkitkan membabitkan serangan individu. Kenyataan tersebut disebabkan Muhyiddin merasakan diri beliau tidak lagi selamat."

"Muhyiddin telah merasakan diri beliau tidak lagi selamat kerana orang Umno sendiri telah tahu agenda disebalik pemberian projek tersebut kepada keluarga Shahrizat."

"Lagi pun ini bukan isu individu, isu ini libatkan dana rakyat bernilai RM250 juta. Rakyat nak tahu kemana wang tersebut telah disalurkan dan apakah faedah yang dapat dinikmati oleh rakyat hasil dari sumbangan wang mereka keluarga menteri tersebut." kata beliau.

Menurut beliau, gesaan Pakatan Rakyat supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja untuk menyiasat isu NFC dianggap jalan terbaik.

"Inilah yang Muhyiddin takutkan kerana beliau bimbang dengan trand sokongan rakyat yang semakin menolak BN disebabkan pelbagai amalan rasuah dan salah guna kuasa amat berleluasa berlaku ketika BN memerintah negara." kata Rafizi lagi.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

HARAP DISENYAPKAN MULUT BUSUK PENGIKUT AL YAHUDI NI DGN FAKTA YG KUKUH...

JGN LUPA AMIK TINDAKAN KAT MALAUN NIE...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

Apa bukti silembu rafizi ni tuduh keluarga shahrizat makan duit rakyat? dia yg belajar kerajaan tanggung juta2 tu duit sape? bukan duit rakyat?..jangan guna rakyat utk halalkn cara sdngkan kamu guna duit pmbayar cukai dan kenakn tol 10% utk hidup mewah di pej. penasihat ekonomi yg bergaji RM1..otak brkarat je yg prcaya hujah2 kamu ni..rugi ada anak melayu yg semuanya dpt prcuma ttpi akhirnya bg racun pada kerajaan BN..sia2 je prjuangan kamu ni..org bacul mcm kamu je yg sanggup bersubahat dgn peliwat & penzina..jngn nafikan hak rakyat utk mengeji perangai kamu krn hanya itu yg layak kamu terima..kamu pandai ilmu dunia ttpi tdk brmakna kamu lelaki yg budiman & beriman..semua ini jauh sekali..cukup2lah cara kamu yg tak kenang budi lps tu nak brlagak superhero sbb nak jd calon..org perak cakap tak sior tengok muka mcmni..

Anonymous said...

laaa aku ingat PM thailand di sebalik NFC nihh . kalau mangkuk nihh tuduh TPM tak ada hal sangat .

memang la TPM atau PM yang luluskan projek2 kerajaan Malaysia . takkan DSAI kot ? bengong la mangkuk nihh . jika ada bukti yang nyata sila kemukakan jgn hanya tahu bagi tuduhan yang hanya sekadar fitnah semata .

tapi apa pun untuk pengetahuan mangkuk nihh belajar dulu makna perkataan PINJAMAN . LOAN have to pay back understand !! kalau dah tak reti bahasa melayu baca bahasa enggeris tu ha .

tapi apa pun puak PR nih memang tak cerdik pun .

Anonymous said...

otak org yg mcm ni x rti apa2 pun pasal duit loan, yg dia rti mengutuk org jer sebab maha guru nya cnuar yg ajar mereka begitu.