By admin On 11:00 | Categorized As , , , | With 3 comments

Tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan pandangan pemimpin Islam tentang sambutan Hari Valentine pada setiap 14 Februari semakin mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Yang terbaru, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya turut menyatakan kekecewaan beliau terhadap Karpal Singh.

"Mereka (bukan Islam) sepatutnya hormat kepada Islam seperti mana orang Islam hormat kepada amalan agama mereka," kata Dr Juanda Jaya.

Beliau juga mempersoalkan campurtangan pemimpin politik tersebut terhadap urusan agama Islam sedangkan kata Dr Juanda, umat Islam tidak melakukan perkara seperti itu didalam urusan agama kaum lain di Malaysia.

Menurut Mufti Perlis lagi, perkara seperti itu patut dihindarkan oleh pemimpin politik bukan Islam demi memastikan suasana harmoni Malaysia dapat dicapai.

Pada 7 Februari lalu, Pemuda PAS menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang Hari Kekasih, termasuk menyiarkan iklan anti sambutan itu.

Tindakan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat seperti Karpal Singh yang dilapor menggesa PAS menarik balik pendirian itu kerana bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Adoyai.... mufti Perlis patut blh agak Kapal Sink 'King' tu taraf Yahudi Zionis + Abu Jahal. biasalh alegi Islam. Dgr Islam, mula menyalak woof! woof!

lepas ni, masuk campur urusan dia. Apa DAP buat kutuk terus.

TENGGARAisSOUTHEAST said...

Salam Perjuangan.
Blog tuan telahpun saya pautkan.

PemikirpolitikJerantut said...

blog ultra sudah saya pautkan,tq