By admin On 14:00 | Categorized As , , , | With 2 comments

Pas perlu memastikan kandungan bai'ah atau sumpah taat setia yang diwajibkan kepada calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya nanti tidak menyimpang daripada syariat Islam.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, bai'ah boleh menjadi haram dan berdosa sekiranya terma yang terkandung di dalamnya melanggar hukum Islam dan lebih menjurus kepada kepentingan parti atau pemimpin.

Menurutnya, tidak salah bagi mana-mana individu untuk berbai'ah selagi sumpah taat setia dinyatakan itu tidak terkeluar daripada syariat dan peraturan Islam.

"Misalnya, satu ketika dulu, Pas perkenalkan amalan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai tanda kesetiaan kepada parti. Perkara seperti ini yang harus diperincikan oleh Pas.

"Jika bai'ah yang baru ini mengandungi unsur-unsur tersasar dari syariat Islam maka ia satu dosa dan haram," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Selain itu kata Dr. Juanda, mereka yang mengingkari bai'ah boleh dianggap ditimpa kecelakaan dalam kehidupannya kerana amalan sumpah yang dibuat berteraskan agama Islam.

"Hakikatnya, amalan bai'ah ini sudah lama dipraktikkan di kalangan pemimpin Islam zaman terdahulu bagi memastikan kepimpinan yang diamalkan mengikut lunas-lunas Islam," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu Pas memperincikan kandungan bai'ah yang dimaksudkan parti itu bagi mengelak kekeliruan dan tanggapan serong pihak lain.

Sementara itu, bekas Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Tan Sri Abd. Kadir Talib berkata, mana-mana individu bebas mengamalkan bai'ah selagi pelaksanaannya mengikut syariat dan hukum syarak.

Namun, katanya, jika kandungan bai'ah tersebut bertentangan dengan Islam maka amalan itu wajib dijauhi.

''Bai'ah ini sesuatu yang baik dan dituntut oleh Islam, oleh itu, jika amalannya bertentangan dengan syariat Islam maka ia salah mengikut agama," katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

baiah supaya tak khianat mandat rakyat bila menang dan lompat parti bila ditawar juta2...meyalahi syarak keer....

Anonymous said...

Belajarlah hormati pandangan orang. Jgn terlalu taksub pd pimpinan sendiri aje. Tok mufti hanya beri pandangan dan mengigati, apasalahnya. Bukan dia tuduh Pas sesat dgn baiah tu.Sikap2 ahli seperti anda inilah yg menyebabkan rosak parti sendiri.Ingat, selain dari ahli Pas n Umno yg juga melihat gerakgeri anda serta pimpinan anda adalah puak ketiga yg menentukan undi. Mereka org2 yg boleh berfikir. Sikap seperti anda antara faktor mereka jauhdiri dari partji anda.