By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 11 comments

Bangsa Melayu di negara ini akan terus berada didalam kemiskinan selagi Umno dan Barisan Nasional memerintah Malaysia, kata Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain.

"Walaupun Umno telah memerintah selama lebih 50 tahun, keadaan ekonomi orang melayu masih lagi tak berubah dari keadaan sebelum merdeka," tambah beliau.

Pemimpin PAS tersebut juga mendakwa Umno hanya menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin dalam parti itu dan menjadi tempat untuk mereka mengaut keuntungan serta kekayaan mereka sahaja.

“Sebenarnya pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

“Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu," kata beliau lagi.

Ustaz Abu Bakar juga mengambil contoh kenyataan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sendiri bahawa Umno sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal mereka dan menegur sikap Umno yang mengunakan rasuah politik untuk membeli undi.

Abdul Kadir sebelum ini membuat kenyataan bahawa Umno telah gagal menjaga sosio ekonomi Bumiputera termasuk telah memansuhkan kemudahan pinjaman 30% kepada syarikat kecil bumiputera.

“Cuba kita lihat baru-baru ini, bekas Menteri Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa beliau sendiri pernah memberi RM200 hingga RM1,000 kepada rakyat dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi”

"Di sini jelas menunjukkan bahawa Umno sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan hak orang Melayu, semua tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin Umno yang terus ingin membolot harta rakyat," kata Ustaz Abu Bakar lagi.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

11 comments:

Anonymous said...

MALAS LA NAK LAYAN PESURUHJAYA NI. CUBA BUKA MINDA ANDA. LIHAT SEKELILING ANDA..ADAKAH UMNO BAGI PAAKAN TANAH KAT DAP 999 TAHUN? SAIAP YAN GMISKINKAN ORANG MELAYU DAN GADAIKAN HARTA MELAYU? BUKANKAH PAS DI PERAK DIBAWAN NIZAR??

Anonymous said...

Inilah wajah melayu kuno moden yang kononnya memperjuangkan kepentingan orang melayu.
Tapi tidak sedar bahawa dirinya sendiri sedang diperbodohkan oleh parti yang dianutinya sekarang iaitu hamPAS.

helang said...

Patot kita kena perbetolkan statement ni. Rakyat kelantan akn terus miskin di negeri sendiri selagi pas memerintah. Ini baru betol. At last balak kat kelantan makin gondol tp air paip masih tahap teruk jugak! Mmg tak disangkal lg.

Anonymous said...

PAS perintah kelantan dah lebih 20 tahun masalah air pon takleh settle lg bolehker melayu jadi kaya kalo dpt perintah M'sia

Anonymous said...

Cakap merapu orang tua ni...

Anonymous said...

INILAH KESANNYA KALAU BACA HARAKAH AJE... OTAK PUN JADI JUMUD. BUKALAH MINDA SIKIT. BACA BANYAK AKHBAR-AKHBAR LAIN. BARULAH MATANG!!!

Anonymous said...

halau jer org tua ni masuk balik bawah tempurung !

Anonymous said...

Miskin Melayu bukan kerana UMNO atau mana2 Parti la Usstart oi!!!! ...
Melayu Miskin .... kerana apa?..... sebab Melayu itu sendiri yang tak rajin berusaha keras nak berjaya.... kemudian ade lak usstart parti lawak (PAS) kata UMNO punya pasal... Ha33x... lawak2....

Senang jer Usstart bercakap kata UMNO punca nya... sedap jer bercakap kalau tak guna kepala HOTAK... tu la cakap ikut sedap mulut jer...

Nak tanya usstart satu soalan.... Kaya ke orang Melayu di bawah pimpinan PAS, atau PKR.....

Saya katakan TIDAK.. Teruk lagi adela......kenapa?????? sebab takde Parti mana pun yang boleh bagi semua Melayu kat Malaysia ni kaya kalau mereka memerintah ... yang KAYA hanya kepada sesiapa yang berusaha jer... tak yah masuk Parti pun boleh kaya kalau berusaha.... ade PAHAM....

Ade OTAK pikir ....jangan cakap pakai hentam jer... aku pun tak paham macam mana boleh jadi Persuroh Jaya Pas ni... ni ke kualiti pemimpin yang mereka ade... ha33x

Tu sebab Pas jadi Parti lawak jer akhir2 ni.. sebab ade ramai pengikut yang macam Usstart ni la... cakap bukan nak guna otak, tak nak pikir, belasah jer..... kan dah kantoi...

Anonymous said...

pokok pangkalnya memang wujudnya anugerah projek kepada kroni.Ianya normal tetapi sebenarnya menyekat peluang orang yang bukan kroni nak dapat kejer. Nak kata melayu jadi miskin masa pemerintahan UMNO tak boleh nak sahkan juga kenyataan itu. Sebab orang yang berusaha Insyaallah akan maju. Cuma masalahnya ialah ketelusan dalam pemberian kerja tu tak adil. Keadang orang yang tak mampu buat kerja pun asalkan dia kroni dia dapat kerja.Akhirnya kerja tersebut gagal dan menyusahkan orang lain...itu dari pendapat gua laa...kalau bawah pas nanti mungkin keadaan berbeza sikit ..sebab semasa baru memerintah ,kroni masih tak kuat...mungkin orang baru yang dapat peluang pulak ..tu ajer kut..

Anonymous said...

Banyakkan baca ayat seribu dinnar...dan sembahyang sunat Dhuha...berdoa..baru boleh kaya kerana Allah Taala..Ustazzzzz...jangan jadikan sebab musababnya keatas orang lain....siapa yang boleh mengubah sesuatu kaum itu kalau bukan mereka sendiri....amacam..orang Kelantan lebih 20 tahun PEH (PAS) perintah jadi negeri termiskin....kena tukar le PRU 13 niii....

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM
BETUL KE ZAMAN-ZAMAN DULU KAUM CINA DI BERI KAWASAN LOMBONG,INDIA DI ESTET DAN MELAYU DI KAMPUNG ? JIKA YA PATUTLAH KITA MISKIN , SIAPA YANG BUAT MACAM TU?