By admin On 11:00 | Categorized As , , , | With 2 comments

Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa membidas pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan Umno atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Beliau berkata, BN dan Umno merupakan pertubuhan politik yang berlandaskan prinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduh oleh pakatan pembangkang.

"Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan Umno adalah pertubuhan yang tidak baik," katanya secara ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya Umno dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Ahad lepas.

"Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita. Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong pun dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat pun salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?," katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

batu pelangi said...

Hang perbodohkan sajalah ahlix hang yang memang bengong tu.
Terang dan jelas ahlix hang yang lakukannya masih nak menafikan
lagi.Dasar UMNOYAHUDI!!!!!!KESABARAN ADA HADNYA.MELAYU AKAN
BERTEMPUR DENGAN MELAYU SEKIRANYA ITU YANG UMNO HAJATKAN MAKA
IANYA AKAN MENJADI KENYATAAN!!!!!

Anonymous said...

org melayu ramai benci dap dengan anwar..bukan semua org melayu dalam umno pun, ada jugak dalam PPP, dalam Gerakan pun ada..paling tidak balaci pembangkang menyamar, saja buat kecoh nk malukan umno...kalau betul org umno, apa no ahli? confirm xleh jawab...kalau bukan bodoh, takla jadi pembangkang...