By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor masih belum menunaikan janji pilihanraya 2008 seperti memberi sagu hati bulanan untuk rakyat menghantar anak mereka ke taska walaupun mempunyai simpanan rizab sebanyak RM1.9 bilion.

Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata kerajaan negeri seharusnya menunaikan janji-janji yang dibuat dan tidak lagi menunding jari kepada Barisan Nasional untuk menutup kelemahan diri.

"Oleh kerana kerajaan negeri mempunyai banyak simpanan hari ini, saya berharap mereka dapat membayar tunggakan selama empat tahun janji-janji pilihan raya mereka dulu,” kata beliau.

“Antaranya ialah RM 75 sebulan untuk bayaran anak ke Nuseri , RM 50 sebulan untuk bantuan kanak-kanak pra-sekolah, anak RM 600 sebulan sebagai elaun Ibu tunggal," beliau menulis di dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pengumuman Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa kerajaan negeri berjaya menambah rizabnya kepada RM1.9 bilion berbanding RM500 juta pada tahun 2008.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya juga tidak harus bingkas menyalahkan kerajaan lalu terhadap segala aduan yang dibawa oleh rakyat, tambah beliau.

"Saya percaya dengan simpanan sebanyak itu kerajaan negeri mampu memperbaiki keadaan jalan-jalan milik negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menjadi rungutan orang ramai sekarang,” kata Khir yang menjadi Menteri Besar selama lapan tahun, sehingga Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: