By admin On 13:30 | Categorized As , , | With 1 comments

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan lebih baik daripada Umno/BN melalui pencapaian hasil negeri yang berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pencapaian kerajaan Selangor melalui penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011 lebih baik daripada 40 tahun lalu di bawah pemerintahan Umno/BN.

"Penyata kewangan Selangor lebih baik daripada 30 tahun atau 40 tahun lalu di bawah Umno/BN, kalau dulu 2005 rezab Selangor RM400 juta manakala pelaburan RM300 juta dan jumlah keseluruhan hasil RM700 juta.

"Tapi penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2011 merekodkan rezab Selangor kini sebanyak RM1 bilion dan jumlah keseluruhan hasil RM1.9 bilion.

"Walaupun kita beri kebajikan kepada rakyat hasil negeri lagi meningkat maknanya lagi kita beri kebajikan, rakyat doa lagi kaya negeri kita," kata Khalid.

Beliau menjelaskan pemberian air percuma merupakan salah satu kebajikan kepada rakyat bukannya rasuah seperti yang dimomokkan oleh Umno/BN.

Tan Sri Khalid berkata bahawa Negara Berkebajikan tidak akan bangkrap sekiranya ditadbir dengan baik, telus, adil dan tiadanya penyelewengan.

"Skim warga emas kalau meninggal kita beri kepada warisnya RM2,500 dan Tabung Warisan Anak Selangor di mana kita belanja RM700 juta setiap tahun malah ada lebih RM1.9 bilion lagi.

"Dulu sebelum PRU 2008 ianya adalah cerita harapan kita tapi sekarang ianya sudah menjadi kisah benar bukan harapan lagi dan rakyat telah merasai pelbagai kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

"Walaupun kita beri kebajikan kepada rakyat hasil negeri lagi meningkat maknanya lagi kita beri kebajikan, rakyat doa lagi kaya negeri kita," kata Khalid.

Rakyat yang berdoa tu... rakyat yang tidak tersepit, tidak diusik kewanganya, tapi segelintir rakyat yang telah kena perah duit poketnya sudah pasti tidak berdoa mungkin sebaliknya. Jadi yang berada diatas sana jengok-jengoklah kami gulungan rakyat terhimpit ini. Sepatutnya turun padang lihat sekeliling tidak semua rakyat selangor kaya raya ya...