By admin On 17:00 | Categorized As , , , | With 3 comments

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berjanji bahawa perubahan yang lebih besar akan dibawa ke negeri Kedah jika Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri tersebut dari Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Badan Perhubungan UMNO negeri diikuti pertemuan dengan Badan Perhubungan BN negeri di Bangunan Tunku semalam.

“Sokongan dan dukungan Kerajaan Pusat amat penting kerana ada kesatuan dari segi pemikiran dan tindakan apabila kedua-dua pimpinan pentadbiran adalah daripada parti sama."

“Maknanya secara ikhlas, kalau nak lihat Kedah maju, maka jangan pilih Pas pada pilihan raya umum akan datang,” kata beliau.

Muhyiddin juga menegaskan, Kerajaan Pusat tidak mahu ada wilayah atau negeri yang terpisah dari arus pembangunan yang ingin dibawa ke arah mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Ini soal masa depan anak-anak kita dan generasi akan datang. Tidak boleh kalau kerana fahaman politik sanggup menyokong parti tertentu walaupun ia tidak membawa ke mana-mana.

“Kalau memikirkan soal kepentingan kemajuan ummah dan pembanguan akan datang, perlu ada gandingan serta kerjasama iaitu kerajaan Pusat adalah BN, kerajaan negeri juga BN. Kita boleh duduk bincang sama-sama dan cari jalan sama-sama apa nak buat,” tambah beliau lagi.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

kalau tak pangkah BN, nak pangkah ?

batu pelangi said...

Hang perbodohkan saja ahlix UMNO yang masih tak mahu berubah
itu.La ni rakyaat sudah celit IT.Jahanamkan UMNOYAHUDI pada
PRU13 ini!!!!!!

Bunny said...

Yang nanti jahanam pada pilihan raya 13 ialah PAS yang menyokong PKR yang meyokong keselamatan Israel. Kami rakyat Kedah dah muak dengan PAS memerintah Kedah. Hampa nanti kalah teruk pada PRU 13. Tunggu dan lihat.