By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Kerajaan Selangor mengambil berat spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.

Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran Selangor.

"Perkara ini juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," jelas satu kenyataan media daripada Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Kenyataan itu berkata, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahguna isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat diseru supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Pooooooooooooddddddddddaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh..politik taik kucing punya PKR. rakyat x de air lu susah mau bincang..ini kes personel lu ade masa mau bincangkah?????? sampah bila mau kasi clear????