By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 2 comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendirian untuk mengiktiraf kewujudan negara Israel dan sekaligus menyokong usaha penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel itu.

Malah tegas beliau, pengiktirafan terhadap Isreal itu dibuat berasaskan kepada kehendak rakyat Palestin sendiri yang mahu mewujudkan keamanan dan memberikan keadilankepada mereka seperti yang dipersetujui Hamas dan Fatah.

Kata Anwar beliau faham, walaupun pendirian berkenaan bertentangan dengan sekutunyadaripada PAS yang menyifatkan kewujudan negara Israel adalah haram, namun ia dibuat demi membela nasib rakyat Palestin.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan PKR. PAS berpendiriankewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untukmengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PASuntuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebasdan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yangcintakan keamanan dan keadilan," katanya di sini, Khamis.

Tegas beliau lagi, sokongan seumpama itu bukan satu pengkhianatan terhadapperjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman Israel.

"Saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan olehpimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai.

"Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itubukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknyamenjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikankeadilan kepada rakyat Palestin.

Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama The Wall Street Journal(WSJ) memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjaminkeselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagaipihak.

Tindakan Anwar itu turut memaksa Majlis Syura Ulama PAS melaluiMursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan gesaan agarbeliau menarik balik kenyataannya atau menyaman WSJ sekiranya kenyataan itu diputar-belitkan.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyatakan pendirian rasmi parti itu bahawa mereka tidak mengiktiraf negara Israel yang dianggap sebuah negara haram serta menolak sebarang bentukkerjasama termasuk penyelesaian dua negara Palestin-Israel.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

wak-labu said...

Ada juga baik nya jika arab dan israel berbaik dan bersahabat, se tidak2 nya berkurangan lah rakyat arab yang terkorban.

Anonymous said...

Tak sebut pun Palestin ari tu. Membela Israel jer.

Anuwar guna tektik meletakan pendapat PAS kearah melampau supaya senang dia nak selit pendapat dia.

Kononnya PAS langsung tak mahu Israel wujud. Sebarang usaha untuk keselematan Palestin sekalipun dengan kewujudan negara Israel di terima oleh semua orang Islam.

Tapi... membela Israel tanpa menyebut Palestin walaupun sekali menunjukkan jelas pendirian Anuwar. Jerusalem Post pun telah mengikat mati pendapat itu dengan mengiyakan apa yang tertulis itu jelas Anuwar menyokong Israel dan membelanya.