By admin On 18:00 | Categorized As , , | With 5 comments

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Isnin ini akan menyerahkan notis meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya bahawa PAS "parti ajaran sesat".

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu sangat biadab dan menghina kira-kira 1 juta ahli PAS.

"Pemuda PAS sangat kesal dengan kenyataan melampau dan menghina orang Islam dari seorang menteri besar.

"Datuk Ahmad Said perlu meminta maaf kepada ahli dan pemimpin PAS khasnya dan orang awam amnya," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan DPPM.

Nasrudin berkata, DPPM memberi tempoh seminggu untuk Ahmad berbuat demikian dan jika gagal, DPPM akan mengambil tindakan undang-undang.

"Pemuda beri tempoh seminggu dan jika tak minta maaf dan tarik balik kenyataan itu, kita akan faikan saman kerana perkara ini satu penghinaan.

"Kalau dia kata PAS parti ajaran sesat, bermakna dia samakan dengan ajaran Ayah Pin dan lain-lain.

"Ini sangat menghina tokoh-tokoh agama dan golongan profesional yang bersama PAS," katanya.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan PAS sebagai "parti ajaran sesat".

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

5 comments:

Anonymous said...

Caner x dikatakan sesat...LGBT PAS ok....isu DUMC / Murtad PAS jadi hero untuk org kristian....liwat & sex anwar ibrahim...PAS tutup mata...valentine day pas kata boleh.....BERSIH PAS kata halal....perhimpunan sejuta umat...HARAM....huh mmg sesatpun....

Anonymous said...

bukan parti ajaran sesatkah sekiranya seorang penzina itu dianggap halal dan layak menjadi pemimpin, bukan ajaran sesatkah sekiranya sanggup memertabatkan seorang umat nabi lut menjadi ketua negara. jawap soalan ini dahulu .....

Anonymous said...

ha ha ha...MB GANU..JGN SEKALI MINTA MAAF. JGN MINTA MAAF PADA PARA IBLIS PAS ..PARTI AJARAN SEKSONGSANG..MEREKA BERSERBAN KERANA MENYEMBUNYIKAN TANDUK..
PAS SEMEMANGNYA PARTI AJARAN SESAT, SALAH SONGSANG. ULAMA PAS ADALAH IBLIS LAKNATULLAH..

Anonymous said...

HA HA HA SESAT TAK MAU NGAKU YE????

Anonymous said...

saman jgn tak saman .. jangan lupa bawa bukti yang kukuh bahawa PAS bukan sebagai mana yang di dakwa..

tapi apapun la , sekarang nihh nampak jelas PAS bukan perjuangkan Islam , makin jauh dari ISlam ada la . menyongsang jauh , mungkin masih ada sebilangan pemimpin PAS yang masih mengucapkan Syahadah tapi perbuatan dan tindaktanduk saling tak tumpah macam bukan Islam . antaranya menyokong peliwat , adakah ini dokongan ajaran Islam ? murtad , adakah islam membenarkan murtad ?