By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 6 comments

Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Janice Lee hari ini mendesak Umno agar mengambil tindakan segera bagi menghentikan perbuatan samseng ahli Umno yang sering menyerang pimpinan Pakatan Rakyat.

Desakan itu dibuat ekoran beberapa serangan ke atas beberapa pimpinan Pakatan baru-baru ini. Terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang wartawan diserang sekumpulan lelaki dipercayai ahli Umno Pulau Pinang apabila beliau menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang Ahad lalu.

Di dalam satu insiden yang berlainan, ceramah Timbalan Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar Hilir 1, Pahang terpaksa dihentikan apabila ia diganggu oleh sekumpulan lelaki dipercayai dari Umno.

Janice yang kecewa dengan provokasi murahan seperti itu, meminta supaya Umno mengambil tindakan sewajarnya untuk mengawal dan mendisiplinkan ahli-ahli mereka.

"Kejadian ini bukan kali pertama tetapi sudah berulang kali terjadi. Itu juga bukan satu teladan yang baik buat masyarakat kita," ulas Janice yang juga merupakan Adun Teratai.

Selain itu, mengambil contoh kejadian di Pulau Pinang, Janice melahirkan kekecewaannya terhadap sikap pihak polis yang gagal mengambil tindakan segera menghentikan serangan samseng Umno.

"Walaupun polis berada di tempat kejadian semasa Lim Guan Eng dan pemberita diserang oleh Umno tetapi polis berdiam sahaja.

"Ini jelas menunjukkan polis mengamalkan prinsip 'double standard', satu untuk ahli Umno, satu lagi untuk rakyat biasa dan pemimpin Pakatan Rakyat," hujah Janice lagi.

Justeru, Janice meminta Ketua Polis Pulau Pinang untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kegagalan pihak polis untuk melindungi keselamatan Lim Guan Eng dan juga rakyat.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

6 comments:

Anonymous said...

Bodoh punya orang.Buat perhimpunan tak beritahu polis bila dah bergaduh nak salahkan polis.besar sangat kepala bapak kau nak suruh polis minta maaf

Anonymous said...

layanan 'double standard' tu bukan utk rakyat. Tapi untk DAP kiasu aje. Polis pun dah fed-up perangai DAP (depa ada perisik daaa, tau betapa rapatnya hbgn DAP-PAP)

.Gory. said...

Suruh mohon permit taknak. Lepastu, buat dekat Speaker Corner. Terpulang la sapa sapa nak datang. Tengok masa dekat Kuantan, ramai je orang UMNO datang. Tapi, tak ada pun kekecohan berlaku

Anonymous said...

tu la....Polis kena bg arahan bahasa Cina...baru faham agaknya....bagi arahan bahasa Melayu/Malaysia tak nak faham....kata nak samarata, lahir berpuluh tahun kat Malaysia tapi bahasa rasmi pun tak faham/x reti nak ucap....apo nak dikato laie!

Cherok To' Kun said...

bangsat la lu, bila berdemo, maki hamun polis segala macam ayat gampang sial keluar dari mulut, tapi lagi mintak suruh polis jaga dia punya lubang. talak malu punya olang, bolo punya olang!!!!!

Anonymous said...

Macam shiyal le puki ni aku tengok...!!