By admin On 14:00 | Categorized As , , , | With 0 comments

Penyelaras Barisan Nasional bagi Selayang dan Pengerusi Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi, yang menjadi tumpuan kritikan selepas beliau mengemukakan soalan semasa debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini, merayu agar keluarganya tidak dijadikan sasaran kritikan.

Beliau berkata, ada segelintir pihak yang memuatkan gambar anak dan anggota keluarganya dalam laman web, yang menjejaskan dengan teruk imej keluarganya.

"Memandangkan mereka semua tidak bersalah, tolong jangan jadikan mereka sasaran kata-kata yang berniat jahat. Jika anda ada sebarang kritikan, tolong halakan kepada saya dan jangan diapa-apakan anggota keluarga saya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ooi berkata, gambar anak dan anggota keluarganya telah dimuatkan dalam Facebook dan tindakan seperti itu membawa ancaman terhadap keselamatan mereka di samping gesaan supaya memulaukan syarikat kepunyaan keluarganya.

"Untuk melindungi keselamatan dan nama baik anggota keluarga dan diri saya sendiri, saya membuat laporan pada 20 Februari 2012 di Ibu Pejabat Polis Gombak.

“Sudah tentulah kami akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi diri kami,” katanya.

Ooi menjadi tumpuan setelah membidas Ketua Menteri P.Pinang berkenaan penipuan Ketua Menteri tersebut terhadap rakyat negeri itu. Soalan yang dikemukakan Ooi semasa Program Debat MCA/ DAP melonjakkan namanya dikalangan rakyat Malaysia.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: