By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 3 comments

Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diminta supaya tidak terus membohongi dan menakut-nakutkan orang Melayu dengan kenyataan DAP akan menjadikan Malaysia sebagai Negara Republik sekiranya Pakatan Rakyat (Pakatan) menang dalam Pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, adalah tidak logik DAP mampu membentuk kerajaan sedangkan mereka hanya bertanding 15 kerusi di Selangor dan 46 kerusi Parlimen.

Oleh yang demikian, beliau mencabar Hasan Ali supaya mengemukakan perkiraan yang membolehkan DAP berkuasa di negara ini.

"Saya nak mintak dia gunakan PhDnya buktikan kepada saya macam mana bertanding 15 kerusi di Selangor boleh menang 29 kerusi. Gunalah PhD awak, tunjuk kepada saya. DAP hanya bertanding 15 daripada 56 kerusi di Selangor.

"Bertanding di peringkat pusat, DAP bertanding 46 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi. Kalau nak memerintah negara, sehingga ingin menjadikan Malaysia negara republik, dia memerlukan dua pertiga. Majoriti mudah mereka memerlukan 112 kerusi. Minta dia buat tesis macam mana bertanding 46 kerusi bagaimana boleh menang 112 (kerusi)," katanya.

Sekiranya gagal, adalah lebih baik Hasan mengambil pendekatan berdiam diri daripada terus menakut-nakutkan orang Melayu jelas beliau.

Sebelum ini, DAP melalui Penasihatnya, Lim Kit Siang menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi negara serta bukan sebuah parti anti Melayu dan institusi DiRaja.

Beliau turut mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengemukakan bukti yang mengatakan DAP ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Katanya, adalah lebih baik berhujah mengenai dasar masing-masing dan membiarkan rakyat membuat keputusan dalam menentukan pemimpin mereka.

Katanya, meskipun jumlah kerusi campuran DAP dan PKR berjumlah 27 kerusi tidak ada keperluan untuk PAS tunduk kepada DAP walaupun hanya memiliki 7 kerusi memandangkan untuk membentuk kerajaan negeri memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi.

Ujar beliau, sudah semestinya Pakatan tidak boleh membentuk kerajaan di Selangor tanpa PAS.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Singh is king.Ucapan sapa tu kalau bukan ucapan DAP lahanat.Yang tok aji dan tok lebai sampai tercabut serban guling guling atas jalan sebab nak halang sultan tu apa.Tu semua bukan permainan DAP nak test market untuk menjadikan Malaysia kepada Republik Cindia ke.Buta kayu lah Khalid gereja ni.

Anonymous said...

Jika DAP sahaja mungkin apa yang di canangkan itu tidak akan menjadi . Tetapi jika dengan gabungan PAS dan PKR mungkin akan terjadi . Di tambah pula dengan DSAI yang semeangnya ada gaya dan haluan yang menjurus kearah tersebut .

Sebagai contoh , DSAI ada mengakukah Malaysia ini Negara Islam ? DSAI terang2 meletakkan taraf semua agama sama rata , ini adalah dasar republik . Adakah Yb Khalid Samad sedar akan perkara ini .

Tapi hakikat dalam PR ini , "JIKALAU" menang PRU 13 ini lah mungkin DSAI jadi PM boneka sahaja yang jadi PM sebenar adalah DAP . ada berani yb khalid samad menafikan ?

bagi pendapat saya , saya syorkan Yb khalid Samad jaga kawasan anda terutama bukit subang yang dulu konon kubu pas kini dah berpecah , rasanya itu lagi baik , Baik Yb khalid samad jaga mangsa ribut dari jaga gereja kristian atau melawan datuk Hassan ALI . YB KHALID SAMAD ANDA TAK LAYAK LAWAN .

JAKA said...

sering sangt umno ni bercakap mcm tok nujum belalang mabuk.

PR belum memerintah mcm2 spekulasi buruk di buat. semua nya buruk utk menakut2kan melayu saja.

negara ini raja berpelembagaan dan parlimen. PM hanya ketua kerajaan yg menjalankan tugas.

kita masih ada raja, polis dan tentera yg majoriti islam.

500 tahun tanah melayu di jajah dengan senjata dan kekuatan total penjajah. penjajahan berdarah lagi...tapi institusi raja masih ujud. apalah sangat DAP nk dibanding dgn jepun portugis belanda dan inggeris penjajah?

yg buat spekulasi mesti tunjukkan bukti...kenapa khalid pula kena buktikan spekulasi penuduh.....lembu betul la umno ni