By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kerajaan pimpinan DS Najib menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu pendatang tanpa izin (PATI) yang beliau dakwa diberikan kewarganegaraan Malaysia.

Anwar membuat kenyataan sedemikian ketika bercakap kepada media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya semalam.

Beliau juga khuatir dengan peningkatan jumlah pengundi dari kalangan pendatang asing di Selangor dan seluruh negara sejak akhir-akhir ini.

"Satu kajian melaporkan sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah bertujuan untuk memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya," katanya.

"Kerajaan perlu memandang serius gesaan tersebut dan bukannya menjadikan ia sebagai suatu agenda politik sempit, kerana masalah ini adalah masalah yang melibatkan kepentingan seluruh negara.

"Oleh yang demikian status kewarganegaraan pendatang asing ini harus disahkan sama ada mereka layak atau tidak mengundi sebelum pilihanraya umum akan datang,"jelas beliau lagi.

Anwar menambah, pihaknya tidak membangkitkan soal pendatang asing yang memenuhi syarat menerima taraf kewarganegaraan.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

usin said...

aku sokong. semua isu kena buat suruhanjaya diraja. kes pati, kes nfc, kes chinadoll, kes siamdoll dsb. harap2 lepas ni aman makmur malaysia.