By admin On 10:30 | Categorized As , , | With 3 comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Yusuf al-Qaradawi di Doha, untuk berbincang pelbagai isu khususnya perjuangan rakyat Palestin dan cabaran umat Islam di dunia termasuk Malaysia, baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Malaysia itu terharu dengan sokongan peribadi dan perhatian khusus Sheikh Yusuf al-Qaradawi terhadapnya dan rakyat Malaysia yang bergelut dengan nilai keadilan dan kebebasan.

Katanya, ulama terkenal itu bersyukur kerana beliau dibebaskan dari fitnah dan mendoakan kejayaan rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan dan keadilan.

Malah, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden KEADILAN turut makan tengah hari bersama Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan keluarga.

Anwar ketika ini berdepan fitnah media kawalan Umno yang melabel beliau sebagai pro-Israel dan pertemuan dengan ulama Islam itu sekaligus menangkis tohmahan liar parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Mengikut paparan twitter Anwar, perbincangan itu turut disertai pemimpin Hamas, Khalid Mash’ad dan Menteri Kebudayaan Qatar.

Anwar berkata, Khalid bersyukur atas kebangkitan rakyat Arab dan mendoakan kejayaan serta berkirim salam buat rakyat Malaysia.

Selain mereka, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Bank Pembangunan Islam, Ahmad Muhd Ali di Jeddah dan mereka sepakat menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Selain itu, Anwar ketika dalam perjalanan pula ke Malaysia sempat mentelaah buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi berjudul Thaurah Masr (Revolusi Mesir), malah mencadangkan buku itu diterjemah.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Siapa anuar nak bincang pasal umat islam...beliau bukan PM malaysia...beliau pendokong fahaman liberalisme,pluralsime dan pelacur agama demi undi cina dan india.....beliau jupe hamas dan qardawi sebab dah uat taik dgn wall street journal....beliau sudah istiharkan bahawa beliau menyokong two states system iaitu dgn mengiktiraf israel dan palestin sebagai dua negara merdeka.....seluruh umat seluruh duia mengecam nura gay ini.....sekarang beliau mahu control damage.....ini bukan fitnah...semua org boleh tengok dlm you tube dan nilaikan sendiri...jgn pulak kata wall street journal di taja oleh umno pulak...nuar gay sendiri yg bercakap dlm tv tuuuu....tu dia bala tuhan pada si gay ni....

Anonymous said...

IS IT TRUE?????

alfa4M said...

habis org luar negara d spin nya..aljuburi..majoriti rakyat Malaysia xmahu kau jdi PM..hancur negara ni..xpayahlah nak cari sokongan diluar sana..kami yg memberi undi pada yg terpilih..kalau kau ikhlas buang sikap munafik..bersihkan diri..tpi bukan dgn cara berbohong dn porak perandakan negara..fikirkan perpaduan n kesejahteraan kami..bekerjasamalah dgn pemerintah skrg utk rakyat n negara Malaysia..kemenangan akan menyusul jika kau jujur dn ikhlas berjuang..