By admin On 08:30 | Categorized As , , | With 0 comments

Jika sebelum ini gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang hadir di Batu Caves bagi beramah mesra dengan penganut Hindu dikecam hebat oleh beberapa pemimpin Pakatan, kini tersebar pula gambar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika sambutan perayaan Ponggal di Teluk Intan Perak.

Gambar-gambar yang menunjukkan Anwar diarak dengan kereta lembu sejauh 100 meter dan juga gambar beliau ketika ditanda dahi, disebarkan oleh sebuah blog pro kerajaan ruangbicarafaisal.blogspot.com pada lewat petang semalam.

Menurut penulis blog tersebut, kehadiran Anwar bersama pemimpin-pemimpin kanan parti PKR di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak, adalah lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri kerana Anwar sanggup meniru upacara masyarakat hindu yang mencalitkan tanda didahi.

Penulis blog berkenaan juga dengan nada sinis mendesak seluruh pemimpin Pakatan yang mengecam Najib, supaya mengeluarkan kenyataan yang sama kepada Anwar. Katanya, jika Najib dituduh menggadai akidah oleh beberapa pemimpin kanan PAS, maka Anwar juga harus 'dilayan' secara adil.

Ramai pihak juga sedang menunggu fatwa yang bakal diumumkan oleh Mufti Perak, Bagi penulis blog Rbf, Jika sebelum ini Najib ditegur oleh Mufti Harussani atas alasan cuba menggadaikan akidah, Bagaimana pula dengan Anwar?

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: