By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Akibat tindakannya mencampakkan Buku Jingga kedalam tong sampah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dianggap sebagai manusia yang paling angkuh serta biadap oleh Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said.

“Saya sifatkan Ahmad Maslan manusia paling angkuh dan biadap, tanpa membaca cadangan yang dibawa oleh Buku Jingga. Sepatutnya baca dulu, kalau tak betul komen tentang apa yang tak betul. Bukan membakul sampahkan pandangan Pakatan Rakyat.

“Dia takut kerana buku Jingga merupakan satu cadangan yang memihak kepada rakyat. Kalau dia (Ahmad Maslan) berpihak kepada korporat, orang seumpama ini memang tidak akan setuju dengan Buku Jingga,” katanya.

Terdahulu, didalam satu sesi penerangan kepada pemimpin Felda daripada 317 tanah rancangan seluruh negara, Ahamad Maslan telah bertindak diluar dugaan apabila mencampakkan Buku Jingga kedalam tong sampah sebagai simbolik bahawa buku tersebut tidak berguna dan hanya bertaraf sampah.

Tindakan tersebut mendapat reaksi balas yang negatif dari kebanyakan pemimpin Pakatan yang menyifatkan perbuatan Timbalan Menteri tersebut sebagai kebudak-budakan.

Ketika ditanya mengenai tawaran Pakatan Rakyat kepada peneroka Felda jika Pakatan mengambil alih Putrajaya, Suhaimi menyatakan bahawa Pakatan Rakyat merangka Buku Jingga untuk memberikan tawaran yang boleh mengubah kehidupan rakyat seperti pemansuhan Felda Plantation.

“Kita ambil contoh dari segi memansuhkan Felda Plantation, kita desak ia dimansuhkan dan tanah Felda tersebut akan diagihkan kepada anak peneroka agar ia boleh dimanfaatkan berpuluh tahun.." katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Pernah Rasulullah SAW bersabda, melalui satu Hadith, kepada sahabat2; " akan tiba masanya sampai satu tahap sekumpulan umatku melakukan Amar Mungkar Nahi Ma'aruf ". Sambil menangis para sahabat mendengar berita ini dan bertanya, " Ya Rasulullah, adakah benar ianya akan berlaku kelak hingga sebegitu rupa".

Inilah satu contoh sikap dan tingkahlaku dari mereka yang tergolong kumpulan munafik yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Oleh demikian, janganlah kita terkejut maka adanya perbuatan keji lagi biadap sebegini di abad ini.

Wallahu Alam.