By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian, hilang sabar apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh di sini kelmarin bagi mendesak kerajaan Pas menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan masalah air kepada SPAN dalam tempoh sebulan, jika tidak satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat beliau di Kota Darulnaim di sini.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, satu memorandum dihantar kepada Nik Aziz bagi tujuan sama pada 4 November tahun lalu, bagaimanapun ia tidak diendahkan langsung yang membuktikan kerajaan negeri tidak serius dalam menangani masalah tersebut.

"Dulu kita datang ke pejabat beliau bersama kira-kira 500 orang menghantar memorandum, tetapi tidak dilayan kerana pemimpin Kelantan menganggap MTRK hanyalah sebuah pertubuhan kecil yang tidak perlu dipandang.

"Jadi hari ini sudah terbukti rakyat Kelantan menyambut baik dan menyokong MTRK yang bukan parti politik tetapi hanya mendesak kerajaan negeri agar menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan bertahun lamanya," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan itu.

Pada perhimpunan yang bermula pukul 10 pagi itu, MTRK turut melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan rakyat untuk mendesak kerajaan negeri menyegerakan penyerahan pengurusan air itu kepada SPAN.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Puncanya di tengah Laut Cina Selatan bersama PETRONAS