By admin On 18:00 | Categorized As , , | With 3 comments

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kerana hanya lantang bercakap di belakang tetapi tidak berani bersemuka dengan beliau berhubung tuduhan pembelian aset pertahanan negara diselubungi rasuah.

Ahmad Zahid menegaskan, jika Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu benar-benar anak jantan, dia perlu datang berjumpa dengan beliau bersama dengan segala dokumen dan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya.

''Saya ingatkan lagi. Tony, awak jangan kurang ajar. Kalau tidak berpuas hati dengan isu pertahanan negara, jangan hanya menggunakan media untuk menyokong awak sahaja.

''Awak jangan besar kepala dan mencabar di belakang tabir sahaja tetapi tidak berani ke depan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 kepada 148 pelajar di Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak, Selekoh, di sini hari ini.

Sebelum ini, pihak tertentu sering mengkritik pembelian aset pertahanan negara termasuk tuduhan Tony bahawa pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diselubungi rasuah kerana kosnya 870 peratus lebih mahal berbanding negara asing.

Ahmad Zahid juga sekali lagi mencabar Tony menyelam dengan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi membuktikan dakwaan pembangkang yang aset pertahanan negara itu tidak boleh menyelam adalah satu fitnah dan tidak benar.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

ha ha abd samad pala but...orang lebih meluat statement zahid lagi hang tak tau ke,,,

Anonymous said...

Memang spicis macam tony pua ni memang kurang ajar ......Saya sokong kenyataan zahid ....sebagai menteri pertahanan beliau kena tegas serta brutal sikit ......Kalau saya jumpa tony pua ni saya bersumpah saya akan bagi pelempang kat dia ......SAYA DAH SEDIAKAN WANG UNTUK BAYAR SAMAN.........NO PROBLEM PUNYA ...

yung said...

kadang apabila berdepan dengan orang bodoh sombong, kita kena berlagak samseng jugak..