By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 6 comments

KUALA LUMPUR - Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan ‘budaya barat’ yang masih belum diterima di negara ini.

“Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru,” kata Shamsul.

Shamsul turut menempelak kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi alasan kononnya debat Anwar-Najib tidak relevan kerana bukan melibatkan kepentingan umum.

Menurutnya, debat antara kedua pemimpin itu sepatutnya dilihat dalam konteks lebih luas dan bukan atas pertimbangan politik semata-mata.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar debat Anwar-Najib disegerakan bagi membolehkan rakyat menentukan siapakah lebih layak mentadbir negara ini pada pilihan raya umum kelak.

Beliau juga mencadangkan sekiranya debat itu diadakan, ia perlu disiar secara langsung bagi memberi peluang rakyat menilai secara adil dan bebas.

“Saya juga ingin menjawab dakwaan pemimpin Umno kononnya debat boleh diadakan di Parlimen.

“Soalnya Parlimen terhad dengan Najib mendapat kelebihan melalui Speaker BN yang menyokongnya selain tidak semua rakyat dapat melihat debat itu,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

6 comments:

Anonymous said...

Puki mak hang Ketot!!

Anonymous said...

Najib ajak anwar bersumpah.

Anonymous said...

boleh berdebat..no problem tetapi isunya ISU MORAL PEMIMPIN. tajuk ini amat bersesuaian. Agenda moral perlu diperdebatkan kerana memilih pemimpin yang tiada moral hendaklah ditolak terus...ayuh terimalah debat moral pemimpin.

Anonymous said...

“Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru,” kata Shamsul.

PERSOALANNYA, APAKAH SUMBANGAN BESAR ANWAR KEPADA NEGARA SEHINGGA BELIAU PERLU DIBERI KEISTIMEWAAN UNTUK BEDEBAT DENGAN DS NAJIB?

PADA KAMI, ANWAR BUKAN SIAPA-SIAPA, HAKIKATNYA, ANWAR HANYALAH 'KETUA PEMBANGKANG' DAN BUKANNYA KETUA RAKYAT YANG BENAR-BENAR MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN RAKYAT! KALAU NAK DEBAT, SILA BERDEBAT ANTARA PEMBANGKANG SAHAJA, PAKATAN SENDIRI PUN TAK SEPAKAT JADI AMBILLAH PELUANG UNTUK BERDEBAT AGAR KESEPAKATAN ANTARA PEMBANGKANG DAPAT DIBENTUK! TAK PERLU BUANG MASA DS NAJIB, DIA MASIH BANYAK TUGASAN UNTUK RAKYAT YANG PERLU DISELESAIKAN...

Anonymous said...

debat dengan DS Najib?

dah kesian sangat ker anwar sampai terpaksa mengemis 'POLITICAL MILAGE' DAN 'POLITICAL MOMENTUM' dari DS Najib?

Buang masa DS Najib jer nak layan mangkuk tu, kalau dah banyak sangat masa baik anwar focus bersihkan nama dia dalam kes liwat saiful, kes china-doll dan kes siam-doll... banyak kes orang pun tak nak.... eiiighhh geli tau!

Anonymous said...

kalau nak cari 'political mileage' janganlah samapai memperbodohkan diri, saya nak tanya...siapa anwar, siapa saudara... kan punyai jarak antara langit dan bumikalau di bandingkan dengan DS Najib.Menggong punyai pecacai...!!!