By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 0 comments

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Pas akan mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan meskipun mendapat tentangan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau yakin keupayaan pemimpin Pas Kelantan yang sentiasa berusaha gigih walaupun berdepan dengan BN yang diketahui mempunyai sumber kewangan yang besar dalam usaha mereka merampas negeri ini.

“Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak, maka mereka bercakap demikian, kami di Kelantan ini juga berusaha menentang sekeras-kerasnya Umno demi mempertahankan Kelantan ini,” katanya kepada media selepas melepaskan rombongan Kelantan Ride di pekarangan Kompleks Darul Naim, di sini hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melakukan lawatan ke Kelantan, yakin BN mampu merampas kerajaan Kelantan dari Pas yang memegang tampuk pemerintahan lebih 20 tahun. - MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: