By admin On 16:00 | Categorized As , , | With 3 comments

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff membantu bekas Presiden Umno itu menemui bekas Presiden Amerika, Bush, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata, perbuatan itu dilakukan Mahathir sebaik imej Malaysia terjejas terus ekoran tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

“Fakta ini diakui oleh Dr Mahathir sendiri. Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa kononnya Anwar merupakan simpatisan Yahudi.

“Menurut majalah Newsweek, ada wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalurkan kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin.

“Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006,” katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Mahathir itu dibuat bagi mengalih skandal melibatkan pentadbiran Umno BN.

“Mahathir mungkin kelihatan lantang menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) – yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia,” tegasnya.

Selepas itu katanya, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu dalam Perang Melawan Keganasan.

“Pentadbiran Dr Mahathir pula menggunakan alasan itu untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendakinya termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” tegasnya lagi.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

tak usah dikenang hal yang lama mari sama-sama kita bersatu supaya negara ini tidak menjadi seperti palestin

Anonymous said...

lagi satu pengorbanan Dr. Mahathir adalah beliau sanggup menghantar isteri tersayang bagi misi bantuan makanan ke palestin kerana pada masa itu semua bantuan makanan ubat dan sebagainya telah disekat oleh pihak zionis dan pesawat yang dinaiki oleh isteri beliau hendak ditembak oleh pihak israel. namun dengan kepandaian Tun beliau memberitahu presiden Amerika bahawa didalam pesawat yang membawa bantuan ke palestin ada bersama isteri beliau dan segala bantuan dapat di salurkan.....saya kira pengorbanan ini tidak ternilai kiranya terjadi kepada saya....

Anonymous said...

Budak mentah Nik Nazmi tak pandai baca sejarah politik ke? Semua pemimpin politik didunia ini kalau nak bertemu dgn Presiden US mesti pakai pelobi, selain pemimpin Negara2 EU dan anggota Nato dan 2/3 negara2 puppetnya. Apa bezanya Anwar melobi pemimpin Kanan Yahudi di US spt World Jewish Coumcil yg terpengaruh di Senate dan Kongres.Puak Yahudi diUS memang berkuasa dan memang berpengaruh di arena politik US. Jadi tidak hairan pemimpin2 politik dunia melobi melalui kaum ini utk dpt kan sesuatu, tapi tidaklah sampai memburuk imej negara serta cerita yg tak betul hanya bercita2 ke Putrajaya. Sanggup buat apa saja.Mahathir buat lobi dgn tujuan yg spesifik, tapi Anwar buat kerja lobi berlarutan...no ending.Cuba renungkan