By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli telah menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin-pemimpin yang digulingkan di Timur Tengah.

Dalam satu kenyataannya kepada media, Saifullah berkata Najib tak jauh bezanya dari pemimpin-pemimpin tersebut kerana sibuk membolot harta negara. Begitu juga dengan isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan beberapa isu besar negara.

Ketika mengulas tentang tindakan tatatertib yang dikenakan kepada pelajar kontroversi Adam Adli, Saifullah juga menyeru semua anak muda serta mahasiswa untuk bangkit menuntut keadilan.

"Malaysia bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum, satu wadah demokrasi untuk menumbangkan kerajaan BN- Umno yang rakus dan angkuh."

Justeru itu, Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN tersebut mengingatkan Datuk Seri Najib Razak tentang peristiwa kebangkitan anak muda di semenanjung Arab.

"Kesan domino Muhammad Bouazizi merebak bukan sahaja mengakibatkan kejatuhan regim Ben Ali, malah Muammar Ghadafi dan Husni Mubarak. Jangan ingat ia mustahil di Malaysia.." katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

aku nk cincin RM24juta jgk... slurpp~~~ korang nk x??