By admin On 23:00 | Categorized As , , | With 8 comments

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan ganas polis ke atas mahasiswa yang berhimpun di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Sabtu lalu sebagai bukti kerakusan Umno BN menggunakan polis bagi mengekang hak kebebasan bersuara.

“Tindakan tersebut adalah tidak demokratik, bersifat “negara polis” (police state) langsung mempalitkan titik hitam di awal sambutan tahun baru 2012.

“Ini memberikan mesej jelas kepada rakyat Malaysia tentang kerakusan kerajaan Umno BN menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Tegas beliau, perhimpunan aman yang dianjurkan mahasiswa itu bukan satu kesalahan, dan polis sebaiknya mengawal keadaan, bukan memukul peserta.

“Saya tekankan bahawa mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan.

“Sewajarnya pihak polis menjaga dan mengawal keadaan dan bukan melakukan rempuhan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mahasiswa,” ujarnya.

Tambahnya, amat malang apabila tindakan ganas polis itu menyebabkan mahasiswa cedera parah.

“Amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak Polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan oleh pihak polis iaitu Pengerusi Bebas, Safwan Anang cedera dan kini berada di hospital Slim River, Perak.

“Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Terdahulu, sekumpulan mahasiswa itu berhimpun bagi menuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak pada 17 Disember lalu di Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Namun sebaliknya berlaku apabila sekumpulan polis bertindak ganas bagi menyuraikan perhimpunan itu sehingga mahasiswa cedera parah.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

8 comments:

Anonymous said...

patutnya bagi mercun katak biar dia orang lompat kata..baru ada akai....

Anonymous said...

kalau x silap, dlm satu scene tu pegawai polis tu dh cakap elok2..bg 15 minit utk mahasewel tu luahkan apa yg mereka nak..so?, xkan pihak polis disalahkan lg?..sewel minah ni..ke lupa mkn ubat?

Anonymous said...

Negara Polis???????? Ni kaldai punya Nurul Izzah.. dulu bapak kau tak pukul ke kalau buat salah.. bila org habaq jgn buat jgn buat la...hang pun sama la jugak bila mak bapak kau suruh jgn buat kau buat ke? so bakap kau sayang ke marah ke pukul?????? ce cite ce cite!!!!!!!!!

Anonymous said...

dahlah tu izzah, baik lagi kalau engcow, papa anugerah tuhan engcow dan wan jijah DIAM! lagi aman Malaysia ni kalau enkorang semua takder, dahlah pengkhianat negara, suka sangat mengutuk, mencaci dan mengeji negara sendiri!

Anonymous said...

huh.. cuba kalo polis x bertugas sehari... huru-hara negara nie.. dorang hnya mnjalankn tugas.. yg wat kecoh aritu mmg patot kna tgkp.. mmburukkan nama UPSI.. jgn sesuka hati mnghina polis.. yg penulis ni pn satu.. upsi stand 4 Uni. Pendidikan.. bukan perguruan Sultan Idris.. kaji balik sblum tulis artikel..
one more thng.. 97 peratus yg terlibat ngn demo mlm tu bkn students upsi.. students U lain.. thnks

Anonymous said...

kalau nak demo pun jgn pro parti politik nanti jadi plastik

Anonymous said...

NURULIZZAH BINTI ANUWAR ALJUBURI.AKA NURULIZZAH BINTI AZIZAH ALJUBURI.

NAMA YANG HEBAT KEKAL HINGGA KEAKHIR DUNIA

Anonymous said...

Cuba bandingkan Polis Malaysia dengan Polis negara luar... mane lebih baik dan berlembut...Nur Izzah tu kalu nak polis semua lembut-lembut kot....macam papa tu...