By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 0 comments

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar melihat percubaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk menakut-nakutkan kaum Cina terhadap PAS sebagai usaha terdesak yang sangat kelakar.

"Dr Chua nampak benar sudah hilang akal untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap partinya sehingga tidak teragak-agak membuat dakwaan yang meletakkan beliau sebagai badut dan pak lawak politik.

"Beliau membutakan matanya kepada hakikat yang terbukti dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini yang menunjukkan orang-orang Cina begitu takutkan Umno dan enggan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana takut kepada Umno yang sudah tidak ada ubat lagi dirasuk perkauman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dalam temubual Malaysian Insider dengannya yang disiarkan semalam, pemimpin MCA yang pernah menggemparkan negara dengan video lucah itu mendakwa, sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.

Mahfuz menasihatkan Dr Chua jangan berbohong kalaupun benar amat terdesak untuk menyelamatkan partinya dari terkubur di kalangan masyarakat Cina.

"Pembohongan Dr Chua sama dengan pembohongan Umno yang mendakwa sokongan kepada PAS akan membuka jalan kepada DAP untuk berkuasa.

"MCA mendakwa PAS akan berkuasa, Umno pula mendakwa DAP akan berkuasa. Nampak benar kedua-duanya berbohong," kata Mahfuz.

Beliau menasihatkan Dr Chua pergi berkursus politik dengan Presiden MCA sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Tidak seperti Dr Chua, Ong bercakap menggunakan akal," kata Mahfuz.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: