By admin On 08:30 | Categorized As , , , | With 4 comments


BUKIT MERTAJAM .- Sebuah madrasah agama di kawasan Mukim Kubang Semang yang cukup dikenali ramai iaitu Madrasah An- Nadhoh sentiasa menjadi tumpuan umat Islam di sekitar Permatang Pauh dan kawasan sekitarnya untuk belajar dan menimba ilmu agama.

Kelas pengajian agama untuk orang ramai dibuka setiap minggu pada setiap hari sabtu yang akan diajar sendiri oleh mudir madrasah tersebut.


Pada hari Sabtu ini, pihak Utara News mendapat berita bahawa madrasah tersebut akan mengadakan Solat Sunat Hajat sempena keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari. Ia akan dilakukan bersama-sama orang ramai yang hadir ke kelas pengajian agama di madrasah tersebut.

Menurut sumber yang di terima, tujuan solat hajat itu telah diselindungkan kononnya untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak pelajar yang baru memasuki ke sekolah.

Walhal tujuan sebenarnya ialah untuk mendoakan pemimpin utama PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal mendengar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Adalah tidak adil rasanya buat hadirin serta orang ramai yang datang menuntut ilmu di situ apabila unsur-unsur politik cuba diserapkan dalam majlis solat hajat tersebut. Ini kerana, bukannya semua orang yang ke situ adalah penyokong Pakatan Rakyat bahkan ada juga orang UMNO dan BN.

Kekesalan tersebut turut diluahkan sendiri oleh beberapa orang yang sering hadir ke kelas pengajian agama kepada pihak UtaraNews.

Pihak Madrasah An-Nadhoh sewajarnya lebih peka dengan hal sebegini. Pihak mereka sepatutnya tak perlu memaksa masyarakat sekitar hadir untuk Solat Hajat yang berunsurkan politik.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

Silap silap. Kalau ya pun sokong Syaitan dan Iblis jangan bakar syaitan dan Iblis tu dengan ayat quran dan solat hajat. Bertambah panas kawan tu.

Sebelum sebelum ini dah banyak solat hajat di buat. Anuwar sudah cukup panas.

Kalau korang sayang, jangan buat apa apa pun sebagai mana di tuntut ugama. Doa, solat hajat dan lain lain. Bahaya untuk Anuwar.

Bukan kah bagus beri Allah memerintah alam ini. Bukan kah elok inti atau otak doa tu supaya Malaysia ini makmur dan biar lah Allah saja menentukan siapa yang memerintah.

Kalau mahu di katakan berusaha itu keluar berjuang, berdemo dan sebagainya yang bermaksud 'letak tangan' atau turun padang.

Jangan jaga bontot dari jauh menyokong Anuwar.Anuwar tak mahu itu semua. Pergi depan mahkamah, usaha dan ikhtiarkan Anuwar terlepas. Tu baru lah manusia tulin. Cakap dan buat.

Jangan cakap jer sampai berbuih. Harap berita masuk akhbar. Anuwar tak mahu itu. Jadikan Malaysia ini huru hara kalau berani, itu yang Anuwar sangat sangat mahu.

Konon berugama tapi bangang.

Anonymous said...

buat lah solat apa pun..keputusan tetap keputusan!

akmal said...

Jadi jubur ko dah kena lah, patut ko sokong dia habis-habis.

Anonymous said...

bila seseorg kena fitnah, dianiaya, mintalah pertolongan dr ALAH S.W.T... ni x, sikit2 mintak tlg kerajaan.. dh la menteri pun 2,3 org penah disabitkn rasuah.. harapkn pagar, pagar pun lari ntah kemana.. Anwar yg berumur 60 tahun (kalu xsilap), dh taraf atuk korang dh tu, xkn la mampu liwat anak muda umur 20-an.. kalu korang, nk biar je ke org lain liwat dubur korang?? fikir pakai akal la skit... kalu xcaye, balik jenguk la atuk korang kt kg tu, jgn asyik berdisko je... :-)