By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 2 comments

Pelbagai pihak menyifatkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kegagalan kepimpinan Barisan Nasional (BN), sebagai angkuh dan bersikap perkauman.

Kenyataan yang disiarkan menerusi portal propembangkang The Malaysian Insider itu juga disifatkan berbahaya kerana pemimpin pembangkang tersebut pernah mengeluarkan kenyataan yang hampir sama pada 1969 sehingga mencetuskan rusuhan kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Kit Siang cuba memecah-belahkan perpaduan yang telah terjalin antara kaum di negara ini.

"Nampaknya ada pemimpin yang mahu pecah-belahkan orang Melayu dan Cina kemudian menjadikan soal kekayaan kaum sebagai modal politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau turut menyifatkan tindakan Kit Siang yang selalu membangkitkan perkara itu seperti orang tua sudah nyanyuk.

"Rakyat Malaysia terutama golongan muda sudah tidak mempunyai pemikiran begini. Kita hidup harmoni tetapi dia (Kit Siang) masih dengan pemikiran lama. Ini sikap orang nyanyuk," katanya.

Kit Siang seperti dipetik oleh portal itu berkata, ekonomi Malaysia semakin berkembang sejak beberapa dekad lalu walaupun kepimpinan UMNO-BN diselubungi dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kepincangan dalam urus tadbir.

Malah katanya, masyarakat Cina masih terus mengaut kekayaan walaupun kepimpinan BN gagal.

Sementara itu, Choo Keong turut mencabar Kit Siang supaya membuktikan perkara berkenaan melalui ketelusan pentadbiran DAP di Pulau Pinang.

"Buatlah kita mahu tengok, sekarang dia (DAP) perintah Pulau Pinang tetapi kenapa masih memerlukan bantuan kerajaan (BN)," katanya.

Tambahnya, Kit Siang sepatutnya sudah berundur daripada arena politik sebagaimana tokoh-tokoh politik seangkatannya daripada pelbagai parti lain.

"Dahulu dia suruh ramai tokoh politik berundur dan mereka semua sudah berundur, tetapi kenapa dia tidak berundur. Dia masih mahu berkuasa dan membina dinasti Lim," tegasnya.

Jelas beliau, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum saling memerlukan antara satu sama lain kerana matlamat mahu menjadikan Malaysia makmur.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

lick it siang malam atas kapal sink!

Anonymous said...

Bagaimana pula dgn Ibrahim Ali dgn Perkasa ny?Apa kh knyataan ny slama hr ni tdk blh mnybab kn ketegangan kaum?Mcm mna pula dgn Redhuan Tee Abdullah yg brckp lbih Melayu dr org Melayu?