By admin On 12:09 | Categorized As , , | With 3 comments
Kuala Lumpur - Seorang penganalisis politik daripada Merdeka Centre Kuala Lumpur, Ibrahim Suffian telah membuat kenyataan tentang 'Kempen Bebaskan Anwar 901'.

Beliau berkata, "Mungkin ada perubahan sokongan serta-merta ke arah beliau dan partinya jika Anwar disabitkan,

Jika Datuk Seri Najib Razak melewatkan lagi beberapa bulan sebelum memanggil pilihan raya, ianya membuka ruang kepada kelemahan dalam gabungan parti pembangkang dan apa-apa perbezaan pendapat akan dieksploitasi." tambah beliau lagi.

Kenyataan penganalisis politik tersebut disiarkan di dalam agensi berita asing, Bloomberg News.

Di dalam temuramah agensi berita itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, Ketua Pembangkang itu telah memberi jaminan bahawa gagasan Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masaalah untuk mencari pengganti beliau jika beliau didapati bersalah pada 9hb Januari nanti.

"Kami telah memikirkannya sejak 3 tahun yang lepas" kata beliau.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

ADA DUA KEMUNGKINAN: JIKA DSAI DIDAPATI BERSALAH, DIA AKAN DIJADIKAN WIRA UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENAGIH SIMPATI DUNIA. KEKACAUAN SERIUS AKAN TERJADI. KUASA-KUASA DUNIAS AKAN MENYALAHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL. JIKA DSAI DIDAPATI TIDAK BERSALAH (ALASAN HOMOSEKSUAL SUKA SAMA SUKA), PERHIMPUNAN AKAN DIJADIKAN TEMASYA KEMENANGAN. VANDALISMA AKAN TERJADI. KESESAKAN LALULINTAS AKAN TERJADI. TETAPI KEADAAN AKAN KEMBALI TENANG DENGAN SEGERA. DSAI MUNGKIN MENANG DI MAHKAMAH KEADILAN, TETAPI DIA TETAP BERSALAH DI MAHKAMAH ISLAM DAN MAHKAMAH MORAL. SALAH TETAP SALAH BEB. PENGUNDI AKAN MENENTUKAN NASIBNYA KELAK.

Anonymous said...

dengan bukti yang saperti kehadiran beliau dilokasi,dna dalam dobur saiful,tidak berani beri keterangan dalam kandang tertuduh apa lagi bukti perlu dikemukakan.Sila nilai dan tengok air muka anwar stress,tidak tenteram,kusut masai, tak berseri dan kita nilailah

Anonymous said...

korang yg kutuk2 ni, try hangpa bc fungsi Mahkamah Syariah... Perlembagaan mengatasi Islam??? astaga....
PS: bc smpai abis & faham btl2... :-) kalu xfaham, g masuk tadika smula ye..