By admin On 14:00 | Categorized As , , , | With 1 comments

PULAU PINANG - Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu bersemuka dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menemui beliau bagi menyelesaikan beberapa isu berhubung kebajikan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, Guan Eng perlu bersikap terbuka dalam menunaikan tuntutan rakyat.

"Selepas empat tahun pentadbirannya, rakyat masih sukar bertemu dengan beliau dan perkara ini mengundang rasa kecewa mereka. Guan Eng perlu mencontohi cara kepimpinan ketua menteri dan menteri besar di negeri lain dan perlu berlapang dada menemui rakyat bawahan.

"Kalau dia seorang pemimpin telus, buktikan dan berani berjumpa rakyat serta NGO di negeri ini. Dia perlu terima sesuatu yang pahit dan manis yang berlaku di bawah kepimpinannya," katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak mahu bertemu Guan Eng bagi membincangkan dilema yang dihadapi orang Melayu Pulau Pinang.

Ketuanya, Mohd. Rizuad Azudin memberitahu, pihaknya akan menghantar satu surat berdaftar kepada Guan Eng hari ini dan tempoh dua minggu diberikan untuk memberi maklum balas.

Jika tiada sebarang jawapan diperolehi, Guan Eng akan dianggap bukan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

1 Malaysia said...

Tak usah dok layan pengkhianat perjuangan. Layanlah rakyat yang telus dan bukan rakyat yang "telus" ni.