By admin On 23:56 | Categorized As , , , | With 0 comments

P.PINANG - Sekumpulan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah melakukan satu diskusi bagi membincangkan tentang keganasan Polis terhadap pelajar-pelajar yang membuat demonstrasi dihadapan UPSI pada malam sambutan Tahun Baru yang lalu.

Diskusi berkenaan bermula pada jam 10 malam bertempat di gelanggang bola keranjang USM, dihadiri kira-kira 20 orang pelajar.

Menurut jurucakap kumpulan pelajar berkenaan, keganasan Polis pada malam tersebut tidak dapat diterima kerana ia bertentangan dengan amalan demokrasi didalam negara ini.

"Kita bukan berada di negara Myanmar atau negara luar. Kita berada di Malaysia yang mengamalkan demokrasi serta hak kebebasan bersuara.."

"Jadi mengapa mahasiswa yang mahu menunjukkan kebebasan bersuara serta meluahkan pendapat, dinafikan hak mereka?

Pihak UtaraNews difahamkan, upacara nyalaan lilin yang dijadualkan pada awalnya oleh kumpulan pelajar ini terpaksa dibatalkan kerana terdapat gangguan dari "luar".

Terdapat beberapa sessi soal jawab diantara kumpulan pelajar berkenaan dengan kumpulan pro aspirasi USM yang menyokong kerajaan, tetapi semuanya berlaku didalam keadaan yang terkawal.

Kumpulan berkenaan bersurai kira-kira 30 minit selepas itu.






Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: