By admin On 12:30 | Categorized As , , | With 2 comments




KUALA LUMPUR - PKR hari ini menerusi Timbalan Presidennya YB Mohamed Azmin Ali memuji & menyambut baik kenyataan terbaru Menteri KDN dan Ketua Polis Negara yang menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan mereka demi memastikan keselamatan penyokong PR semasa perhimpunan aman 901 berjalan dengan aman dan teratur.

“Saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Menurutnya lagi , merujuk kepada perlembagaan yang menjadi teras kepada kepada amalan negara demokratik , hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak setiap rakyat negara ini .

“Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

“Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.katanya

Selain itu , Azmin juga mendesak polis agar memelihara keselamatan awam termasuk penyokong PR yang berdemonstrasi ketika berhimpun di Mahkamah Tingg Kuala Lumpur nanti .

“Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi (Universiti Pendidikan Sultan Idris) UPSI dan Bersih tidak akan berulang.

“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” katanya lagi.

Selanjutnya , beliau yang mewakili PKR menyeru kepada semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia amnya yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Memang dah besar kepala..KDN dengan polis pon setuju perhimponan...?

KAH..KAH...KAH...

kampong lad said...

si azmin pun satu, mangkok ayon, awat nak puji2 kdn & kpn pulak...itu adalah tanggungjawab depa bagi memastikan tidak ada kelamkabut. tapi depa ni betui2 ka nak jumpa? perkasa & the gang tu, depa tak mau jumpa ka jugak? atau dah bagi green light?