By admin On 20:30 | Categorized As , , | With 3 comments

MUMBAI - Anwar berterima kasih kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana membuat keputusan yang tepat serta berlandaskan fakta dan selari dengan undang-undang.

Anwar juga berkata, Hakim Zabidin telah membuktikan bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tak dapat diterima.

Didalam keterangan mengenai keputusan penghakiman kes Anwar di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Zabidin telah menolak keterangan forensik serta bukti DNA yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya. Atas sebab tersebut, Anwar dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Anwar yang kini berada di Mumbai India bagi bertemu dengan cucu kepada pejuang Kemerdekaan India, Rajmohan Gandhi, enggan mengulas lanjut tentang keputusan Mahkamah membebaskan beliau yang telah mengejutkan semua pihak.

Sebaliknya, Anwar menyatakan bahawa beliau bersedia untuk memaafkan semua pihak termasuk media yang telah memfitnahnya selama ini.

“Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam, malah sedia memaafkan."

"Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media Umno yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya,” ujar Anwar.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

dulu cakap hakim mahkamah tak adil sekarang cakap hakim mahkamah adil...

Anonymous said...

Chakap macham kepala Butoh je !

Abis yang fitnah kepada pihak yang membeli Mahakamah kononnya tu apa hal !

Anonymous said...

Bertaubatlah sebelum terlambat....Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang,Dunia hanya sementara akhirat jua yang kekal abadi disana kita akan dihisab dan disoal, umur yang ada didunia apa yang kamu buat,apakah sumbangan kamu pada jalan Allah.Sesungguh kehidupan didunia ni penuh dengan muslihat melainkan mereka yang takut dengan azab Allah serta beriman dengan Nya. Ya Allah sesungguh nya aku tidak layak masuk keSyurga Mu dan aku juga tidak mahu masuk ke Neraka Mu.

Insan Prihatin.