By admin On 19:00 | Categorized As , , | With 2 comments

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberi penjelasan berhubung dakwaan sokongan beliau terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Beliau berkata, penjelasan itu amat penting kerana mendakwa terlalu banyak fitnah telah dilemparkan terhadap Anwar sejak beberapa tahun lalu.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana masih belum membaca laporan berita yang menyiarkan kenyataan didakwa dikeluarkan oleh Anwar ketika ditemuramah oleh akhbar The Wall Street Journal itu.

“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada Anwar selama ini. Oleh itu, saya berpendapat adalah lebih baik untuk beliau memberi penjelasan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada diminta mengulas mengenai kenyataan terbuka Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Penjelasan tu harus disiarkan ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa...satu dunia nak tahu penjelasan nuar.

kampong lad said...

kenyataan anwar samada sokong atau kutuk israel tidak memberi apa2 kesan (racun atau ubat) kpd konflik israel-palestin. dimalaysia sendiri banyak masalah yg perlu & wajib diselesaikan, contoh - harga barang tiap2 hari dok naik, siapa peduli? lebih baik sekiranya tenaga & buah fikiran ditumpukan kpd masalah2 dlm negeri. buat baik & sayang kpd diri sendiri dulu...