By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 4 comments

P.PINANG - Setelah Anwar dibebaskan dari belenggu tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan, masyarakat di P.Pinang khususnya Permatang Pauh berharap Anwar akan lebih kerap turun ke kawasan Parlimennya sendiri berbanding mengadakan lawatan ke luar negara.

Hasrat tersebut diluahkan oleh beberapa pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh kepada pihak UtaraNews selepas program kesyukuran pembebasan Anwar di tapak expo Seberang Jaya semalam.

Mereka mahukan Anwar lebih menjaga kebajikan masyarakat Parlimen Permatang Pauh yang agak jarang dikunjungi oleh pemimpin tersebut selepas 3 tahun beliau menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen.

"Datuk Seri kena kerap turun ke sini bagi menjengok masyarakat serta menarik sokongan pengundi baru untuk Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jangan hanya tunggu waktu berkempen saja baru nak turun.." kata seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Mat.

Rakannya pula menyarankan Ketua Pembangkang itu supaya menumpukan usaha membangunkan pembangunan kawasan Pekan Permatang Pauh yang didakwanya agak ketinggalan berbanding dengan kawasan lain seperti Kepala Batas dan Bukit Mertajam.

"Kalau tengok Kepala Batas dan juga BM (Bukit Mertajam), Pekan Permatang Pauh agak ketinggalan dari segi pembangunan. Ini yang patut difokuskan oleh Anwar selepas beliau bebas dari konspirasi kes liwat." katanya.

Anwar kini dalam lawatan ke Mumbai India bagi bertemu dengan cucu kepada Mahatma Ghandi. Baru-baru ini, penulis blog Raja Petra juga mempersoalkan tindakan Anwar yang lebih kerap ke luar negara berbanding turun ke Parlimennya sendiri.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

betul sangatlah apa yang dikatakan olih raja petra,anwar jadi penasihat ekonomi selama tiga tahun ,keluar ka-negara2 sebanyak l/k 60 kali beri ceramah burukan kerajaan.Tempat sendiri pun tidak ada pembaruan dibuat ,cuba fikir.Pergi ka-luar negara kutuk negara sendiri,rasuah ,nepotism,cronism,zalim,diskriminasi dan macam fitnah.

Anonymous said...

Setuju sangat kalau Datuk Seri dapat memberikan tumpuan ke kawasan Parlimen Permatang Pauh supaya nanti takde modal pihak lawan nak belasah.

Anonymous said...

korang penah pegi kawasan Parlimen PM, Dato' Seri Hj. Mohd Najib x kt Pekan, Pahang?? sama cm bandar zaman Jepun ari tu aku tgk... peratikan warna air sungai, koko itam pekat kn?? dah kuat sgt pembalakan oleh kroni2...
PS: msti korg jd cmni "Uih, btl ke ni kawasan najib?? cam xcaye je"

Anonymous said...

anon 12.40 ni sampai PEKAN pahang ke pekan Sehari? Nampok beno nipunya,.