By admin On 11:34 | Categorized As , , | With 3 comments

Ketika diwawancara oleh beberapa wartawan asing diluar Mahkamah selepas menerima keputusan kesnya semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan membebaskan beliau sengaja dibuat bagi menunjukkan tiada campurtangan kerajaan BN didalam perundangan negara.

Anwar juga mendakwa kerajaan Najib bimbang sekiranya imej negara akan jadi lebih buruk jika beliau dipenjarakan. Maka itu lah sebabnya hari ini (semalam) beliau bebas dari pertuduhan liwat tersebut.

"Najib Razak terpaksa berdepan hakikat negara ini akan disamakan dengan Myanmar dan Zimbabwe sekiranya saya didapati bersalah sedangkan Perdana Menteri ketika ini berusaha menonjolkan dirinya sebagai pejuang transformasi"..

“Saya juga percaya Najib turut menerima tekanan daripada pemimpin antarabangsa berhubung kes perbicaraan ini termasuk dari Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap kepentingan awam,” kata Anwar yang juga dilaporkan oleh agensi berita asing AFP hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang tersebut dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan setelah mendapati bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa tak mencukupi.

Kes yang sudah berlanjutan hampir 4 tahun tersebut akhirnya melegakan banyak pihak kerana ia sedikit sebanyak telah mencemarkan imej politik negara di mata dunia.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

kampong lad said...

rakyat peduli apa imej malaysia, imej najib al-hajex dgn slogan 1malaysia, transformasi (kartun transformer) etp & apa ka jadah pi pi pi lagi (bila dia nak pi?,). himpun 901 dah selesai, bila pulak nak himpun utk protes harga2 barang yg dok melambong gila2 ni?. anwar dah bebas, harga barang2 turun ka?

Anonymous said...

Najib TIDAK takut..tapi Najib amat Bijak berbanding Anwar sebenarnya....Anwar akan bertambah sakit jiwa dan lebih merana selepas ini....tungguuuuuuu!!!

Anonymous said...

Suara Hati,
kes liwat tu, BUKTI pun xde, apatah lg saksi... tp kalu kes NFC, lesen judi FIFA (siap masuk TV3 lg), kilang arak terbesar, taman perjudian (pelacuran ada jgk) kt Genting Highlands tu (ada iklan dlm TV3 jgk), hangpa nampak x??? buta kaa???