By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 2 comments

KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan keengganan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana takut menghadapi perkara sebenar.

“Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri,” katanya pada keadilandaily.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat sepatutnya menjawab pendedahan penyelewengan duit rakyat dan bukannya berdalih dari isu pokok malah mengeluarkan kenyataan angkuh.

“Dia begitu angkuh dan tidak mengapa, lagi dia bising lagi dia kena. Tunggu ada lagi pendedahan kerana kita (KEADILAN) tidak meremehkan isu yang berkaitan duit rakyat,” tegasnya.

Tambah Zuraida bahawa KEADILAN juga tidak akan gentar sekiranya Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk bertindak menyaman parti di mahkamah kerana mempunyai bukti yang kukuh.

“Kalau dia nak saman, dia samanlah. Saya pasti dia tidak akan menang. Kita ada bukti dan sampai sekarang dia tak boleh jawab, dia hanya boleh jawab sewaktu perhimpunan Umno sahaja,”sindirnya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

pi mampoih la woi jenis mulut busuk parti hangpa dah nak jadi bangkai la woiiii keja dok bohong rakyat jer woii aku pilih hang dulu suruh jaga rakyat bukan dok makan gaji buta jer sama naik jer hang nie menyesal aku pangkah hang dulu memang haram jadah korang nie ............

batu pelangi/BZ said...

Setuju dengan kenyatan YB dan komen Jlv Jhx.Mereka yang menganiaya dan menipu ni wajib dikenakan tindakan undangx.Tapi
puakx ni terangx menunjukkan sikap mereka.Rakyat dapat melihat
dengan jelas sikap tidak ikhlas mereka untuk mentadbir negara.
Yang bahayanya ada pemimpin PKR yang masih ada jiwa UMNO
dalam diri mereka.Tapisan yang ketat wajib dilakukan kepada
bakal calonx yang akan bertanding dalam PRU kelak.Dan jangan
sekalix melaungkan KEADILAN UNTUK RAKYAT jika masih mencalonkan ALIAS BIN ZENON dalam PRU nanti.Ketua Cabang PKR Padang Rengas.Merupakan Pengurus Cawangan JERAI SECURITY
KUALA KANGSAR telah menganiaya pekerjanya kerana tidak mencarumkan PERKESO walaupun dalam 'pay slip'ada membuat
potongan gaji bermula dari 1.10.2009 sehingga diberhentikan.
And don't ever talk about JUSTICE if this SOB is still a
candidate in the next GE!!!!!!