By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandang serius tindakan pihak tertentu yang cuba memesongkan akidah umat Islam di negeri ini dengan menjadikan golongan tertentu sebagai sasaran.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh berkata, antara golongan yang menjadi sasaran ialah orang miskin, golongan terbiar, remaja lepak dan pesakit di hospital.

"Hasil siasatan kita mendapati pihak terlibat kini aktif mencari sasaran dan cuba membawa keluar mereka dari agama Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kursus Pengenalan Bahasa Isyarat untuk penjawat awam di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata JHEAT mengambil beberapa langkah bagi menyelamatkan akidah umat Islam antaranya menganjurkan program yang boleh mendekatkan agensi tersebut dengan golongan belia bermasalah. - Bernama

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: