By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 2 comments

KUALA LUMPUR — Sambil menegaskan Umno terus memperbodohkan orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan luar bandar, PAS memberi jaminan bahawa teras politik negara tetap dipegang oleh Melayu Islam jika Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak di Malaysia hari ini menyedari hakikat bahawa teras kepada politik negara adalah Melayu Islam.

Isu berkenaan menjadi antara fokus dalam perhimpunan agung Umno yang berlangsung minggu lalu.

Kata Hadi, semua kaum dan semua parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang menyedari keadaan tersebut.

Menurutnya, mana-mana parti yang menguasai politik Melayu Islam akan menjadi teras kepada politik negara ini.

“Kita perlu menyedari bahawa semua kaum di Malaysia, semua parti di Malaysia sama ada kerajaan atau pembangkang, sama ada Umno, PAS, MCA, MIC, Gerakan, DAP dan lain-lain.

“Mereka (rakyat) menerima hakikat bahawa teras kepada politik negara ini ialah Melayu Islam. Sesiapa yang menguasai politik Melayu Islam maka, dia menguasai teras politik negara,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, jika berlaku pertembungan dalam pilihan raya antara PAS dengan Umno kerusi Melayu tidak terjejas atau hilang.

Malah, kata beliau, kuasa politik Melayu Islam menjadi semakin kuat dan kukuh apabila PAS menggantikan kerusi Umno dan BN tersebut.

“Umno hari ini ada 78 kerusi seluruh negara. PAS 23 kerusi dan PKR ada 18 kerusi Melayu. Sekiranya, PAS dapat 40 kerusi lagi menjadikan PAS 63 kerusi, Umno jadi menurun jumlah kerusinya.

“Dalam keadaan ini, teras kuasa politik masih dikuasai oleh orang Melayu Islam. Siapa yang menguasai teras politik, dialah yang menguasai politik negara.

“Malangnya, orang Melayu diperbodohkan termasuk di Terengganu dan disebarkan jika Umno kalah DAP yang memerintah Terengganu sedangkan DAP satu kerusi pun tidak bertanding di Terengganu. Kita memperbodohkan orang kita sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, andaian DAP yang akan menguasai politik negara jika Umno kalah dalam pilihan raya adalah tidak benar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kawasan-kawasan yang dikuasai orang bukan Islam secara majoritinya ialah 40 kerusi dari 220 kerusi.

Tetapi malangnya, kata Hadi apabila MCA, MIC dan Gerakan kalah di kawasan majoriti bukan Melayu, maka diambil kerusi-kerusi yang majoriti Melayu campuran untuk diberi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

Menurutnya, strategi politik Umno tersebut silap kerana secara tidak langsung boleh mengurangkan kerusi Melayu walaupun BN masih majoriti.

“Kerusi bukan Islam secara majoriti sekitar 40 kerusi dari 220 kerusi di Parlimen. Apabila MCA, MIC dan Gerakan kalah di kawasan mereka (bukan Melayu), Umno telah mengambil kerusi-kerusi yang majoriti campuran Melayu untuk diberi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

“Ini boleh mengurangkan kerusi Melayu sendiri. Ini satu kesilapan strategi politik dari Umno sendiri walau pun BN masih majoriti,” ujarnya.

Oleh itu tambah beliau, kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan adalah kerjasama wala’ yang boleh menggadai prinsip dan perhitungan halal dan haram.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

YANG BODOH IALAH HADI DAN PAS...KES ANWAR DISOKONG, CCTV ADALAH BESI YG TAK BOLEH JADI SAKSI, FATWA HADI DISOKONG HINGGA MELAYU BERPECAH BELAH, NEGARA ISLM TUKAR KPD KEBAJIKAN, DULU UMNO KAWAN DGN KAFIR SALAH LA NI PAS BOLEH DOK KAWAN DGN DAP YANG ANTI ISLAM/HUDUD DLL

Anonymous said...

MEMANG BENAR YANG BODOH DAN YANG TOLOL ADALAH PEMIMPIN PAS...MEREKA DAH JADI HAMBA DAN PENCACAI DAP,MEREKA DAH JADI BUDAK SURUHAN DAN PAK TURUT DALAM PAKATAN...ORANG KATA ANGGUK MEREKA ANGGUK.....ORANG SURUH GELENG MEREKA GELENG...TOLOL SUNGGUH MANUSIA PAS NI....YANG PELIKNYA MEREKA TAK SEDAR MEREKA TOLOL....TAK PAYAH LAH BERMIMPI DI SIANG HARI NAK PERINTAH PUTRAJAYA...KALAU PAKATAN MENANG PUN PAS AKAN JADI MELUKUT TEPI GANTANG DAN JADI FAKIR PEMINTA SEDEKAH DEMI MERAIH SEDIKIT KUASA....TOK TOK GARU DALAM PAS PUN AKAN DITENDANG MACAM SIBANGSAT YANG HINA DINA OLEH RAKAN SEAGAMA MEREKA (DAP) KALAU TAK PERCAYALAH TUNGGU ......AKU JAMIN HAJI HADI DAN PEMIMPIN PAS YANG LAIN AKAN JADI PAK KADOK ATAU LEBAI MALANG....KAH..KAH..KAH