By admin On 11:30 | Categorized As , , | With 0 comments

GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima R.S.N. Rayer mencabar Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramasamy dan pembantu peribadinya M.Satees Kumar mengemukakan bukti dan menamakan dua ADUN Pulau Pinang yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa seperti yang didakwa dalam sebuah laman sosial.

Rayer yang juga Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang berkata, beliau memberi masa 24 jam kepada mereka berdua untuk tampil mengemukakan bukti dan menjelaskan dakwaan berkenaan.

"Saya cabar mereka mengemukakan bukti, menamakan ADUN yang didakwa dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis, sekiranya mereka gagal melakukannya mereka adalah pengecut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan Satees Kumar memuat naik dalam sebuah laman sosial mengenai salah laku yang dilakukan oleh dua ADUN di Pulau Pinang.

Satees Kumar mendakwa bahawa salah seorang daripada ADUN itu telah dipaksa untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan telah dibayar komisen oleh pemaju.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: