By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 3 comments

KUALA LUMPUR : Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah.

“Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka. Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah.

“Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini,” kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan kelmarin.

Perbicaraan Fitnah II kini memasuki peringkat penggulungan hujah.

Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku.

“Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku."

“Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku."

“Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami,” kata Sankara penuh yakin.
Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

senang cerita, aku dah tak percaya walau 0.00001% kepada anuar ni, berani kerana benar, takut kerana salah! kalau dia BENAR kenapa nak tangguh sampai lebih 70 kali bicara? dulu kata alibi banyak... hah, mana pi alibi tu semua? nurul izzah kata bapak dia dengan dorang time tu (ada rakaman di youtube mengesahkan yang nurul izzah mengaku bapa dia dengan dorang time tu semasa ditanya oleh wartawan!), apsal tak panggil jadi saksi pembelaan?

Tolonglah, Rakyat perlukan pemimpin yang berkaliber, berwawasan untuk kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan negara, pemimpin yang benar2 layak disanjung, bukannya pemimpin yang penuh dengan calitan salahlaku moral! kalau anwar betul2 tak bersalah, kenapa tak duduk dikandang saksi dan minta disoal-balas? AKU DAH FED UP TAHAP ULTRAMAN DENGAN SANDIWARA NI!

Kepada Saiful, Semoga Allah SWT sentiasa merahmati saudara dan sekiranya benar berlaku penganiayaan keatas diri saudara moga akan ditunjuk oleh Allah SWT kebenaran itu. jangan risau, tabahkan diri dan kuatkan iman, Allah SWT maha mengetahui dan maha adil...


dipetik dari....
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/12/panas-terkejut-dengan-kehebatan-yusof.html


“Kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh tertuduh telah berjaya dibuktikan melangkaui keraguan munasabah. Tertuduh perlu disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” kata Mohd. Yusof.

Bacaan Lain
UPDATE!!! Perbicaraan Anwar Ibrahim
http://sel13.com/archives/887

Anonymous said...

muka sankaran nampak macam penipu aja,muka ngelabah berok kerana pendakwa berhujah dgn penuh fakta.Lepas nie mesti minta tangguh lagi hujah pengulungan pihak pembela.

Anonymous said...

klu nak di bandingkan hujah pendakwa dengan hujan pembela saya tak nampak hujah pendakwa dapat dipatah kan olih pihak pembelaan,apa yg saya tgk...pintu sg.buluh sudah menghampiri diri anwar..