By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 1 comments

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.

‘‘Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.

‘‘Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.

Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.

Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.

‘‘Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor.’’ katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

zahari1950 said...

Ahli dan penyokong PAS patut sedar bahawa meperjuangkan Islam di Malaysia ada batas tertentu. UMNO juga memperjuangkan Islam. Jika UMNO tidak memperjuangkan Islam, sudah tentu Islam tidak akan berada seperti sekarang.

Kita telah ditakdirkan dicorak sedemikian rupa dimana rakyat Malaysia terdiri dari berbagai kaum dan agama. Bukan oleh UMNO dan juga bukan oleh parti lain tetapi atas dasar kerjasama semasa menuntut kemerdekaan dahului.

Pada satu masa dahulu Melayu/Islam iaitu etnik kita telah kalah kepada yang lebih kuat iaitu bangsa Eropah (Portugis, Belanda dan Britis). Merekalah yang membentuk populasi etnik, geografi politik dan agama seperti yang ada sekarang di Tanah Melayu ini. Kita tidak boleh berundur ke belakang. Apakah kita mahu salahkan datuk nenek dan moyang kita dahulu?.

Terlalu zalim jika menuduh UMNO kafir atau menolak Islam. UMNO hanya meneruskan apa yang datuk nenek dan moyang kita telah putuskan dahulu. UMNO tidak menolak Islam tetapi melaksanakannya mengikut kehendak perlembagaan.

Tidak ada jalan pintas bagi UMNO atau PAS sekarang untuk melaksanakan pemerintahan Islam sepenuhnya di negara ini. Kuasa majoriti Melayu/Islam jika digabungkan PAS dengan UMNO sekalipun tidak akan mempunyai majoriti 2/3 untuk mengubah perlembagaan.

Hendak tak hendak satu hari nanti kita akan berhadapan dengan meritokrasi sepenuhnya dalam semua bidang di Malaysia. Hanya pembentukan kuasa Melayu/Islam tunggal dinegara ini yang akan dapat memberi impak kuasa etnik Melayu/Islam yang lebih dominan dalam senario politik di Malaysia.

Dalam hal ini Melayu/Islam (PAS dan UMNO) tidak ada pilihan lain selain dari bersatu mengembeling tenaga dan bersedia menghadapi cabaran politik di Malaysia di masa akan datang.

Kita perlu menguatkan jatidiri kita dan seterusnya mengembeling tenaga bagi menaik taraf sosio ekonomi, pelajaran, agama Islam, pencapaian teknoloji, keusahawan dan lain-lain, setanding dengan etnik lain di Malaysia.

Apalah yang kita dapat jika bercakaran sesama sendiri. Kawan-kawan kita yang lain dalam BN amat faham bahawa pembahagian kek kuasa dan ekonomi di Malaysia perlu dipotong mengikut acuan perlembagaan yang sedia ada.

Tetapi oleh kerana mendapat kerjasama sebahagian dari orang Melayu/Islam sendiri, DAP sebuah parti politik rasis Cina, telah menggunakan kelemahan etnik Melayu sendiri bagi mencapai cita-cita mereka menjadikan negara ini sebagai negara sekular 100%. Bila sudah jadi sekular 100%, maka leburlah kuasa dominan etnik Melayu/Islam di Negara ini. Pada masa itu adakah PAS masih boleh berakap dan bersuara seperti sekarang?.