By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 2 comments

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Seramai 15 daripada kira-kira 30 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang merupakan anggota Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ditahan di perkarangan KL Sentral di sini kerana mengadakan piket membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mereka ditahan kira-kira pukul 5 petang tadi selepas tidak mengendahkan amaran polis supaya bersurai.

“Pihak polis memberi mereka masa dua minit untuk bersurai namun selepas dua minit mereka masih meneruskan berhimpun dan berarak,” katanya.

Mereka yang berumur antara 20 dan 22 tahun itu adalah dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Selangor, dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, katanya dipetik Bernama Online.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Travers untuk diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

orang yg sama... pro pembangkang. boring. tak leh pakai.

Anonymous said...

Blum pinda AUKU dah byk habis masa berdemonstrasi..
Bila nak blajar? Sibuk nak berpolitik.. Ni lah masalahnya Melayu, lupa tanggungjawab utama di Menara Gading... Kaji kenyataan Tun Dr M kenapa AUKU perlu. Renung diri dan tanya diri samada aku dah capai kejayaan yang dicari?